Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 1,774kg barangan kitar semula dikumpul di Lubok Antu
  • WILAYAH

1,774kg barangan kitar semula dikumpul di Lubok Antu

Utusan Sarawak 2 days ago
AKTIVITI beli balik barangan kitar semula, elektrik dan elektronik yang berlangsung meriah di Dataran Keling, Lubok Antu, kelmarin. Foto Majlis Daerah Lubok Antu

LUBOK ANTU: Kesedaran masyarakat terhadap kepentingan kitar semula semakin terserlah apabila sebanyak 1,774.92 kilogram (kg) pelbagai barangan kitar semula berjaya dikumpulkan dalam aktiviti beli balik barangan kitar semula, elektrik dan elektronik yang berlangsung meriah di Dataran Keling, Lubok Antu, kelmarin.

Antara barangan yang dikitar semula termasuk e-sisa seperti mesin basuh, televisyen, penghawa dingin, peti sejuk, komputer, laptop, telefon bimbit serta bahan buangan biasa seperti surat khabar lama, botol plastik, tin, kertas bercampur dan besi buruk.

Menariknya, besi buruk sahaja menyumbang sebanyak 445 kg, menjadikannya antara bahan yang paling banyak dijual kepada vendor kitar semula tempatan dalam program tersebut.

Program yang dianjurkan oleh Majlis Daerah Lubok Antu (MDLA) dengan kerjasama Sarawak Energy Berhad (SEB) dan DNS Waste Management Sdn Bhd ini bertujuan menggalakkan budaya 3R iaitu (kurangkan, guna semula, kitar semula) dalam kalangan masyarakat setempat, selain menyokong usaha vendor kitar semula tempatan.

 AKTIVITI beli balik barangan kitar semula, elektrik dan elektronik yang berlangsung meriah di Dataran Keling, Lubok Antu, kelmarin. Foto Majlis Daerah Lubok Antu
 

Sebagai penghargaan kepada peserta, SEB turut menyumbang barangan keperluan rumah seperti pencuci baju dan pencuci pinggan, sebagai galakan kepada komuniti untuk terus aktif dalam program kelestarian alam sekitar.

Tidak terhenti di situ, program turut diserikan dengan aktiviti ‘plogging’ iaitu riadah sambil mengutip sampah yang berlangsung di sekitar Pasar Lubok Antu, menyaksikan sebanyak 242.7 kg sampah berjaya dikutip oleh peserta yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Timbalan Pengerusi MDLA, Kaunselor Larkin Gol dan Pengurus Stesen Loji Hidroelektrik Batang Ai, David Gunda turut hadir memberi sokongan kepada inisiatif berimpak tinggi ini.

“Program seperti ini bukan sahaja membantu mengurangkan sisa pepejal, tetapi juga memupuk rasa tanggungjawab terhadap alam sekitar dalam kalangan penduduk. Kami berharap ia dapat diteruskan secara berkala,” kata Kaunselor Larkin.

Beliau menambah, program ini membuktikan bahawa komuniti di Lubok Antu semakin sedar dan bersedia untuk memainkan peranan aktif dalam menjaga kelestarian alam sekitar melalui amalan kitar semula yang sistematik dan berterusan.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 32 pertubuhan terima peruntukan MRP
Next: 42 pertubuhan di DUN Krian terima peruntukan MRP RM272,000

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.