Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 174 asnaf, keluarga B40 terima sumbangan
  • Utara
  • WILAYAH

174 asnaf, keluarga B40 terima sumbangan

Utusan Sarawak 7 hours ago
RAKAM KENANGAN…. Johnny Pang merakam gambar bersama para penerima selepas selesai Majlis Agihan Bakul Makanan sempena Aidiladha anjuran Pusat Khidmat DUN Tanjong Batu dengan kerjasama Kelab Kembara dan Rekreasi Bintulu.

BINTULU: Seramai 174 penerima terdiri daripada golongan asnaf dan keluarga berpendapatan rendah menerima sumbangan bakul makanan sempena Aidiladha di Balai Raya Kampung Assyakirin Fasa 3 di sini, hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming berkata, inisiatif itu mencerminkan kepedulian masyarakat yang saling membantu tanpa mengira latar belakang.

Katanya, nilai sebenar bantuan tidak terletak pada jumlah barangan yang diberikan, sebaliknya pada usaha menyemai semangat prihatin dalam kalangan komuniti.

“Apa yang lebih penting daripada nilai barangan adalah nilai kemanusiaan dan keprihatinan yang kita tunjukkan bersama,” katanya ketika berucap pada majlis Agihan Bakul Makanan sempena Aidiladha anjuran Pusat Khidmat DUN Tanjong Batu dengan kerjasama Kelab Kembara dan Rekreasi Bintulu itu.

SUMBANGAN… Johnny Pang menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada penerima semasa Majlis Agihan Bakul Aidiladha di Balai Raya Kampung Assyakirin Fasa 3, Bintulu hari ini.

Menurut beliau, majlis sedemikian membuktikan bahawa komuniti yang bersatu padu mampu menyalurkan bantuan dengan pantas, adil dan penuh rasa hormat.

“Program seperti ini tidak mungkin berjaya tanpa komitmen dan kerjasama semua pihak. 

“Inilah semangat yang kita mahu lihat sentiasa hidup dalam masyarakat, semangat menyantuni dan saling membantu tanpa mengira latar belakang,” ujarnya.

Agihan melibatkan 60 bakul untuk penduduk Assyakirin Fasa 1, 30 untuk Fasa 2, 40 bagi Fasa 3, 40 untuk Kampung Jabai dan empat bakul kepada penduduk Lucky Tower.

Johnny Pang turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat atas komitmen menjayakan program kebajikan itu demi kesejahteraan rakyat setempat.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Enam masjid, surau di Simanggang terima sumbangan lembu korban
Next: Kerjasama penduduk siapkan rumah panjang dipuji

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.