Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 17 pelajar Ijazah Sarjana Muda Kimia Perindustrian lawat Loji MDS
  • Tengah
  • WILAYAH

17 pelajar Ijazah Sarjana Muda Kimia Perindustrian lawat Loji MDS

Utusan Sarawak 4 months ago

BINTULU: Seramai 17 pelajar tahun ketiga Ijazah Sarjana Muda Kimia Perindustrian dari Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) mengadakan lawatan ke loji Shell Middle Distillate Synthesis (MDS) di sini.

Menurut jurucakap UPMKB dalam satu kenyataan, lawatan bertujuan memberi pendedahan tentang operasi loji yang menggunakan teknologi gas-ke-cecair (GTL) untuk menghasilkan bahan api sintetik, lilin, dan pelincir.

“Lawatan ini memberi peluang kepada mereka untuk melihat aplikasi praktikal daripada teori yang dipelajari di bilik kuliah, sekali gus memahami lebih mendalam tentang proses kimia perindustrian dan teknologi canggih dalam industri,” katanya.

Semasa lawatan, para pelajar diberi taklimat mengenai operasi loji dan turut diberi peluang untuk mengunjungi pelbagai bahagian kemudahan tersebut. 

Mereka juga diberi penerangan mengenai protokol keselamatan, langkah-langkah kelestarian alam sekitar, dan teknologi terkini yang digunakan dalam sintesis gas-ke-cecair.

Salah seorang peserta, Sriniya Letchiminan berkata, lawatan itu memberi inspirasi kepadanya untuk meneruskan kerjaya dalam industri tersebut selepas tamat pengajian. 

“Melihat teknologi ini digunakan secara langsung memberi pemahaman yang lebih mendalam tentang kimia perindustrian,” katanya.

Sementara itu, Pensyarah Proses Tapisan Petroleum, Dr. Sivasangar Seenivasagam berkata, lawatan seumpama itu amat penting dalam merapatkan jurang antara dunia akademik dan industri. 

“Ia memberi peluang kepada pelajar untuk memahami lebih lanjut cabaran yang dihadapi oleh industri serta inovasi yang diperlukan,” katanya.

Dalam kenyataan itu, UPMKB berharap lawatan industri tersebut dapat diteruskan pada masa akan datang, sebagai usaha untuk mengeratkan hubungan antara akademia dan industri bagi manfaat pelajar.

“Kolaborasi antara akademia dan industri sangat penting dalam mempersiap pelajar untuk menghadapi dunia pekerjaan dan memberi mereka peluang untuk berkembang sebagai profesional yang kompeten,” ujar kenyataan itu.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Kaunter khidmat pelanggan SKAS dibanjiri sekitar 11,000 penduduk
Next: PPS Dewan Rumah Dayak Saratok terima seorang lagi mangsa banjir  

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.