Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 17 pasukan berentap merebut gelaran juara futsal Kampung Tabo
  • Tengah
  • WILAYAH

17 pasukan berentap merebut gelaran juara futsal Kampung Tabo

Utusan Sarawak 9 hours ago
TERIMA KASIH… Wakil Dato Hanifah Hajar Taib menyerahkan sumbangan hamper kepada Pengerusi KBSKT, Rikey La’ap. Foto: KBSKT

MUKAH: Sebanyak 100 hamper sumbangan daripada penyumbang tetap dan penduduk kampung sekitar diterima oleh Pengerusi Kelab Belia dan Sukan Kampung Tabo (KBSKT), Rikey La’ap, bagi menjayakan Pertandingan Futsal Terbuka Kampung Tabo 2025.

Pertandingan tersebut bakal berlangsung mulai esok hingga 9 November di Gelanggang Futsal Kampung Tabo, di sini.

Pertandingan tersebut dianjurkan oleh KBSKT Mukah dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Tabo, bertujuan menggalakkan semangat kesukanan dan memperkukuh perpaduan komuniti setempat.

Turut tampil menghulurkan sumbangan ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) yang juga Ahli Parlimen Mukah, Dato Hanifah Hajar Taib, serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian, Yakub Arbi.

Sebanyak 17 pasukan akan berentap bagi merebut gelaran juara yang dibahagikan kepada empat kumpulan.

JUMLAH hamper yang diterima Kelab Belia Sukan Kampung Tabo untuk cabutan bertuah. Foto: KBSKT

Kumpulan A terdiri daripada TSTP, Test Power FT, Sobat Empire FT dan KTU FT, Kumpulan B menampilkan Galaxticos, SOKANJAYA, PMS FT dan Unitek FT, Kumpulan C disertai Black Casper 2, Semooth FT, Galaxticos Project dan One Head FC manakala Kumpulan D terdiri daripada Black Casper 1, Triospremo, Orang Sakit, Chickens FT dan Rojak FT.

Menurut Rikey, pemenang tempat pertama bakal menerima RM1,000 berserta pingat, naib juara RM700, tempat ketiga RM500, dan tempat keempat RM300, masing-masing turut menerima pingat kemenangan.

Beliau menzahirkan penghargaan kepada semua penyumbang atas keprihatinan dan sokongan mereka dalam menjayakan program belia berasaskan sukan di kampung berkenaan.

Oleh Jiku Juguong

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Atap bumbung tercabut akibat ribut
Next: URDA lancar pejabat baharu, Projek Komuniti Berimpak Tinggi di Hulu Rajang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.