Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 168 projek RTP bernilai RM27.5 juta diluluskan di DUN Krian sejak 2021
  • Selatan
  • WILAYAH

168 projek RTP bernilai RM27.5 juta diluluskan di DUN Krian sejak 2021

Utusan Sarawak 2 days ago
Friday Belik semasa Mesyuarat Pemantauan Pelaksanaan Projek RTP DUN Krian (2021–2025) bersama agensi-agensi pelaksana di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Saratok, hari ini. Foto: ADUN Krian

SARATOK: Sebanyak 168 projek di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) telah diluluskan bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Krian dari 2021 hingga 2025 dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM27.5 juta.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian, Friday Belik, berkata daripada jumlah tersebut sebanyak 115 projek telah siap sepenuhnya, manakala selebihnya sedang dilaksanakan pada pelbagai peringkat.

“Pelaksanaan projek-projek tersebut diyakini mampu membawa perubahan positif kepada masyarakat luar bandar, khususnya dalam meningkatkan kesenangan, keselesaan dan kesejahteraan rakyat di kawasan Krian.

“Saya penuh harapan agar semua projek yang telah dan sedang dilaksanakan ini benar-benar memberi manfaat kepada penduduk setempat. 

“Terima kasih kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, serta kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) atas keprihatinan menyalurkan peruntukan bagi pembangunan luar bandar,” katanya.

Friday Belik semasa Mesyuarat Pemantauan Pelaksanaan Projek RTP DUN Krian (2021–2025) bersama agensi-agensi pelaksana di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Saratok, hari ini. Foto: ADUN Krian

Beliau berkata demikian semasa Mesyuarat Pemantauan Pelaksanaan Projek RTP DUN Krian (2021–2025) bersama agensi-agensi pelaksana di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Saratok, hari ini.

Mesyuarat ini diadakan bagi mendapatkan laporan terkini mengenai status pelaksanaan projek RTP daripada agensi pelaksana seperti Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Betong, Majlis Daerah Saratok, serta Sarawak Energy Berhad.

Friday turut menzahirkan penghargaan kepada semua agensi pelaksana atas komitmen dan kerjasama dalam memastikan setiap projek RTP berjalan dengan lancar.

“Syabas dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan inisiatif pembangunan rakyat ini,” tambahnya.

Turut hadir wakil Residen Bahagian Betong, Kato Dorsie, wakil Pegawai Daerah Saratok, Aida Labau, serta wakil-wakil agensi pelaksana yang terlibat.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Ular sawa lima kaki ditangkap APM Sri Aman selepas menelan itik
Next: RM250,000 diperuntuk bina surau baharu di SK Haji Junid

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.