Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • 160 pelajar Sarawak sertai Cabaran Robotik, Dron dan Inovasi 3D
  • PENDIDIKAN

160 pelajar Sarawak sertai Cabaran Robotik, Dron dan Inovasi 3D

Utusan Sarawak 4 hours ago
TEKNOLOGI…Para pelajar mempamerkan kreativiti serta kemahiran masing-masing dalam bidang robotik, teknologi dron dan inovasi 3D.

SIBU: Lebih 160 pelajar dari seluruh Sarawak berhimpun di Sekolah Tinggi Katolik Sibu bagi menyertai Cabaran Robotik, Dron dan Inovasi 3D Antara Sekolah Sarawak 2026.

Ketua Pegawai Teknologi U Best Youbisheng Sdn Bhd, Dr Elton Wong Kee Sheng berkata, sambutan menggalakkan yang diterima membuktikan bahawa minat dan komitmen pelajar terhadap bidang teknologi terus berkembang di Sarawak.

“Pada tahun ini, kami amat gembira melihat sambutan yang begitu menggalakkan dari seluruh Sarawak. Kehadiran anda semua mencerminkan semangat, komitmen dan keazaman dalam memartabatkan bidang sains, teknologi dan inovasi,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Cabaran Robotik, Dron dan Inovasi 3D Antara Sekolah Sarawak 2026 di Sekolah Tinggi Katolik Sibu, hari ini.

Pertandingan itu dirasmikan oleh Ketua Bahagian Inovasi Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD), Dr Cheong Yaw Liang, yang mewakili Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn.

Menurut Dr Elton, pertandingan itu bukan sekadar medan persaingan, malah menjadi platform untuk menyemai kreativiti, rasa ingin tahu dan semangat kerjasama dalam kalangan pelajar.

“Melalui robotik, teknologi dron dan inovasi 3D, para pelajar berpeluang mengembangkan idea kreatif mereka kepada inovasi yang nyata, di samping memperkukuh kemahiran berfikir secara kritis, kerja berpasukan dan penyelesaian masalah,” katanya.

Beliau berkata, perkembangan teknologi yang pesat memerlukan generasi muda dilengkapi dengan pengetahuan dan keyakinan supaya mereka tidak hanya menjadi pengguna teknologi, tetapi turut berperanan sebagai pencipta dan inovator.

“Saya percaya bahawa sebahagian daripada jurutera, usahawan, penyelidik dan pemimpin teknologi masa depan Sarawak mungkin berada di kalangan pelajar yang ada dalam dewan ini,” katanya lagi.

Pertandingan yang menghimpunkan peserta dari pelbagai bahagian di Sarawak itu berlangsung meriah dengan para pelajar mempamerkan kreativiti dan kemahiran masing-masing dalam bidang robotik, teknologi dron serta inovasi 3D.

Turut hadir ialah Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah Menengah Katolik Sibu, Daniel Sng Wei Siong.

Oleh Akun Giman

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: STEM perlu terus diperkasa bagi melahirkan generasi berdaya saing

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.