Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 16 unit tukun tiruan diturunkan di Kuala Balingian
  • WILAYAH

16 unit tukun tiruan diturunkan di Kuala Balingian

Utusan Sarawak 2 years ago
Pada tahun ini JPLS telah menerima peruntukan berjumlah RM5 juta untuk projek pembangunan tukun tiruan di seluruh negeri.

BALINGIAN: Sebanyak 16 unit tukun tiruan jenis penghalang pukat tunda diturunkan di perairan laut Kuala Balingian, dekat sini, semalam.

Melibatkan kos berjumlah RM479,538.80, ia telah dilaksanakan oleh Jabatan Perikanan Laut Sarawak (JPLS) dengan jaya.

Majlis itu dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Perikanan, Liza Long yang mewakili Pengarah Kanan Jabatan Perikanan Laut Sarawak.

Turut serta ialah ketua masyarakat setempat.

JPLS dalam kenyataan menyatakan pihaknya juga mengenal pasti sebanyak tujuh lagi tapak bagi melabuh tukun tiruan di bahagian lain dalam tahun ini.

“Pada tahun ini JPLS telah menerima peruntukan berjumlah RM5 juta untuk projek pembangunan tukun tiruan di seluruh negeri,” katanya.

JPLS berharap agar projek pembangunan tukun tiruan itu mampu memulihkan ekosistem serta memelihara sumber negara secara mampan.

Oleh Hennie Cornelius

Continue Reading

Previous: Regata Baram Marudi ditunda
Next: Pokok tumbang halang lalu lintas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.