16 rumah rosak dalam gempa bumi di Jawa Timur, tiada kemalangan jiwa

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JAKARTA:  Sekurang-kurangnya 16 rumah berhampiran Gunung Argopuro rosak susulan gempa bumi yang menggegarkan sebahagian kawasan di Jawa Timur awal pagi Jumaat.

Menurut Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia, gempa bumi itu menyebabkan kerosakan kecil pada struktur bangunan, termasuk dinding retak di beberapa rumah di daerah Tiris, Kabupaten Probolinggo.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini. Bagaimanapun, pihak berkuasa terus memantau situasi dengan teliti berikutan gegaran susulan yang masih berlaku,” kata jurucakap BNPB, Abdul Muhari dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Penduduk di Probolinggo dan kabupaten berhampirannya, Lumajang mengalami 10 gegaran antara 1.02 pagi hingga 6.48 pagi, dengan gempa bumi pertama bermagnitud 3.0 direkodkan pada 1.02 pagi pada kedalaman 10 kilometer.

Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) melaporkan satu lagi gegaran dengan magnitud 2.4 berlaku pada 8.47 malam dengan pusat gempa terletak 19 kilometer ke barat daya Probolinggo pada kedalaman tujuh kilometer. – Bernama

Getah rambut Haaland habis dijual

PRODUK getah rambut Kknekki keluaran Dooji Co. yang direka khas untuk Erling Haaland dan mencetuskan permintaan tinggi selepas dipakainya pada

Dua maut dalam nahas helikopter di Kanada

VANCOUVER: Dua maut pada Selasa selepas sebuah helikopter terhempas di kawasan terpencil di luar pantai British Columbia, Kanada, menurut media tempatan,