Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 16 pesilat muda dipilih wakili Limbang ke peringkat tinggi
  • Utara
  • WILAYAH

16 pesilat muda dipilih wakili Limbang ke peringkat tinggi

Utusan Sarawak 13 hours ago
SKUAD SILAT…(berdiri dua kiri) Zainor Rahman Johari, Razduan Ibrahim yang RSS Wilayah Limbang bersama pesilat yang terpilih membentuk Skuad Remaja Daerah Limbang.

LIMBANG: Seramai 16 pesilat muda daripada dua perguruan tempatan, Pasak Pupohan dan Tiga Serangkai, telah terpilih membentuk Skuad Remaja Daerah Limbang dalam sesi pemilihan yang berlangsung di Dewan Kampung Patiambun, baru-baru ini.

Menurut Rumpun Silat Sarawak (RSS) Wilayah Limbang, sesi pemilihan ini bertujuan memilih wakil terbaik untuk membawa nama Limbang ke kejohanan silat di peringkat yang lebih tinggi.

Jurulatih Pusat Pembangunan Perbadanan Sukan Sarawak (Limbang), Zainor Rahman Johari, menyatakan keyakinan bahawa barisan pesilat muda ini mampu memberikan saingan hebat.

“Tahniah kepada semua yang terpilih. Ini baru langkah pertama. Komitmen dan disiplin dalam latihan adalah kunci untuk mengharumkan nama Limbang,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Beliau turut menekankan bahawa kejayaan sesi pemilihan ini mencerminkan kerjasama erat antara perguruan di Limbang dalam usaha memartabatkan seni silat dan melahirkan pelapis generasi muda.

Turut hadir Pengerusi RSS Wilayah Limbang, Razduan Ibrahim serta barisan jurulatih dari pelbagai perguruan.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Peruntukan RM291 juta projek infrastruktur air di Lundu, atasi krisis air
Next: LCDA Prihatin anjur gotong-royong kelestarian komuniti di Serian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.