Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 16 persatuan terima peruntukan Khas Premier Sarawak di Bawang Assan
  • Tengah
  • WILAYAH

16 persatuan terima peruntukan Khas Premier Sarawak di Bawang Assan

Utusan Sarawak 11 hours ago
MANFAATKAN SEBAIKNYA….Dato Sri Wong Soon Koh menyerahkan cek di bawah peruntukan projek khas daripada Pejabat Premier Sarawak kepada Pengerusi Persatuan Wartawan Sibu (SJA) Florence Nervyn pada majlis yang berlangsung di Pusat Khidmat PDP Bawang Assan, hari ini. Turut disaksikan oleh Ting (empat kanan).

SIBU: Seramai 16 persatuan dan jawatankuasa tempatan menerima cek di bawah peruntukan Projek Khas daripada Pejabat Premier Sarawak dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Pusat Khidmat Parti Demokratik Progresif (PDP) Bawang Assan, hari ini.

Majlis penyerahan disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bawang Assan, Dato Sri Wong Soon Koh dan turut dihadiri Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Joshua Ting.

Dalam ucapannya, Wong menekankan bahawa setiap dana yang disalurkan melalui geran khas yang sebelum ini dikenali sebagai Projek Kecil Luar Bandar (MRP) perlu diurus secara berhemah, telus dan memberi impak positif kepada komuniti setempat.

“Ini bukan semata-mata bantuan kewangan, tetapi satu amanah yang perlu dilaksanakan secara bertanggungjawab. Laporan kewangan yang lengkap dan teliti juga amat diperlukan,” katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa selaras dengan ketetapan perbendaharaan, setiap pertubuhan penerima dikehendaki menghantar tiga wakil sebagai penandatangan rasmi bagi tujuan dokumentasi.

Menyentuh cabaran di kawasannya, Wong berkata kawasan DUN Bawang Assan merangkumi ratusan pertubuhan termasuk 105 rumah panjang yang kebanyakannya didiami oleh komuniti Iban dan Cina, baik di kawasan bandar mahupun luar bandar.

“Setiap tahun, saya diperuntukkan RM2 juta untuk projek khas, RM5 juta untuk Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) dan RM1 juta bagi Projek Penambahbaikan Rumah Miskin Sarawak (PPRMS). Namun, jumlah permohonan yang diterima jauh melebihi kemampuan peruntukan yang ada,” ujarnya.

Menurut beliau, projek RTP melibatkan infrastruktur berskala besar seperti pembinaan jalan raya, jambatan, jeti dan ebaji saliran yang dilaksanakan melalui Pejabat Residen dan Pejabat Daerah. Sementara itu, PPRMS memberi tumpuan kepada pembaikan rumah berskala kecil bagi golongan kurang berkemampuan.

Sehubungan itu, beliau menyeru agar semua penerima memanfaatkan peruntukan yang diterima sebaik mungkin demi kesejahteraan komuniti masing-masing.

“Saya ucapkan terima kasih atas kehadiran semua hari ini. Semoga bantuan ini dapat menyokong usaha anda dalam memperkukuh ebajikann dan ebajikan masyarakat,” katanya.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 940 penerima luar bandar terima STR 2025 secara tunai
Next: Rolland Duat rasmi projek naik taraf Simpang Jalan Balak ke SK Nanga Jambu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.