
SIBU: Pasukan Sibu A dan Meradong masing-masing muncul juara kategori lelaki dan perempuan pada Kejohanan Bola Tampar Bawah 16 Tahun 2025 yang melabuhkan tirainya di Stadium Tertutup Bola Tampar Sibu, di sini hari ini.
Dalam kategori lelaki, tempat kedua dimenangi Miri A manakala Sibu B di tempat ketiga.
Bagi kategori perempuan, Sarikei meraih tempat kedua dan Miri di tempat ketiga.
Kejohanan selama empat hari itu, yang bermula 20 November lepas, dianjurkan bersama Persatuan Bola Tampar Sarawak dan Persatuan Bola Tampar Sibu, dengan penyertaan 16 pasukan dari seluruh negeri.
Pengerusi Persatuan Bola Tampar Sarawak, Dato Moh Wung Ming turut hadir pada majlis penutupan dan penyampaian hadiah.
Oleh Tarani Lanting