Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 16 NGO Tasik Biru terima MRP
  • TEMPATAN

16 NGO Tasik Biru terima MRP

Utusan Sarawak 4 years ago
DATO Henry Harry Jinep berucap pada Majlis Penyerahan Dana MRP di Pusat Khidmat Tasik Biru, Isnin lepas.

BAU: Sebanyak 16 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di kawasan Tasik Biru menerima peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM294,017.50, semalam.

Penyerahan MRP itu disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru, Dato Henry Harry Jinep di Pusat Khidmat Tasik Biru.

Antara penerima adalah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Grogo, JKKK Bogag, JKKK Kampung Suba Buan, JKKK Tanjong Bowang, JKKK Tanjong Poting, Tabika Kemas Kampung Bogag, Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Buso, PIBG SK Segong, PIBG SMK Bau, Lembaga Pengurusan Sekolah SJK Chung Hua Sebuku, Kelab Majlis Daerah Bau, Kelab Bomba Daerah Bau, Kelab R & DO Daerah Bau, Kelab Ibu Pejabat Polis Daerah Bau dan Pertubuhan Hak Asasi Sumber Asli Singai (HATS).

Berucap dalam majlis tersebut, beliau memberitahu, peruntukan berkenaan adalah daripada Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang disalurkan untuk membantu meringankan beban mangsa bencana banjir.

“Meskipun peruntukan ini tidak secara keseluruhan, namun ia sedikit sebanyak meringankan bebanan mangsa banjir.

“Difahamkan, lebih 800 isi rumah di kawasan Tasik Biru yang terjejas akibat banjir, selain itu Majlis Daerah Bau dan Jabatan Kerja Raya Daerah Bau boleh membantu dari segi kerosakan jalan,” katanya.

Dalam pada itu, Dato Henry memberitahu SK Suba Buan, SK Buso dan SK Segong akan dpindahkan kerana lokasi sedia ada sering dilanda banjir.

Tambahnya lagi, usaha juga dilakukan untuk menambah bot berserta enjin serta peralatan lain kepada agensi yang terbabit dalam operasi menyelamat mangsa bencana banjir.

Oleh NUR AIN OTSMAN

Continue Reading

Previous: Jawatankuasa Pengurusan Dewan Masyarakat Taman Harmoni ditubuh
Next: KERAJAAN SOKONG PJM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.