Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 16 ekor lembu korban disumbang kepada Komuniti Islam Spaoh sempena Aidiladha
  • Tengah
  • WILAYAH

16 ekor lembu korban disumbang kepada Komuniti Islam Spaoh sempena Aidiladha

Utusan Sarawak 6 hours ago
DATUK Amar Douglas Uggah telah menyumbang 16 ekor lembu korban untuk sambutan Aidiladha kepada masyarakat Islam di kawasan Spaoh.

SPAOH: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas meneruskan tradisi menyumbang lembu korban kepada masyarakat Islam di kawasan Spaoh sempena sambutan Aidiladha tahun ini.

Sebanyak 16 ekor lembu korban telah diagihkan kepada beberapa kampung, surau dan masjid di sekitar Spaoh bagi membolehkan ibadah korban dilaksanakan dengan lebih lancar di samping memberi manfaat kepada penduduk setempat, khususnya golongan yang memerlukan.

Penyerahan sumbangan tersebut telah disampaikan oleh wakil Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.37 Bukit Saban kepada jawatankuasa kampung serta pihak pengurusan surau dan masjid yang terlibat.

Menurut Uggah yang juga ADUN Bukit Saban, inisiatif berkenaan merupakan usaha berterusan beliau dalam menyemarakkan semangat kebersamaan serta memperkukuhkan perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama di kawasan itu.

Beliau berkata, sambutan Aidiladha bukan sekadar berkaitan ibadah korban semata-mata, malah membawa mesej keikhlasan, pengorbanan dan semangat saling membantu sesama masyarakat.

“Aidiladha bukan sekadar ibadah korban, tetapi simbol keikhlasan, perpaduan dan semangat saling membantu yang perlu terus dipupuk dalam masyarakat,” katanya.

Tambah beliau, bantuan yang disalurkan diharap dapat memeriahkan sambutan Aidiladha di peringkat kampung di samping mengeratkan hubungan silaturahim antara penduduk setempat.

Beliau turut berharap agar masyarakat terus mengekalkan semangat muafakat dan keharmonian yang sekian lama menjadi kekuatan penduduk di Spaoh.

“Semoga ibadah korban yang dilaksanakan diterima dan membawa keberkatan kepada semua. Saya juga berharap masyarakat terus mengekalkan semangat muafakat dan keharmonian yang sekian lama menjadi kekuatan kita di Spaoh,” tambah beliau.

Penduduk setempat serta pihak pengurusan surau dan masjid turut merakamkan penghargaan atas sumbangan berterusan Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang disifatkan banyak membantu komuniti Islam di kawasan Spaoh setiap kali menjelang Aidiladha.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 20 ekor lembu korban diagihkan di seluruh DUN Lingga tahun ini
Next: 305 rumah di DUN Pelawan dibaik pulih melalui PPRMS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.