Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • 16 kali terbaik dunia, AirAsia pacu nama Malaysia di persada antarabangsa – Fadillah
  • BISNES

16 kali terbaik dunia, AirAsia pacu nama Malaysia di persada antarabangsa – Fadillah

Utusan Sarawak 8 hours ago
FOTO Facebook Fadillah Yusof.

KUALA LUMPUR: Kejayaan AirAsia dinobatkan sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia buat kali ke-16 berturut-turut oleh Skytrax bukan sekadar pengiktirafan terhadap kecemerlangan operasi syarikat itu, malah memperkukuh kedudukan jenama tempatan Malaysia di pentas antarabangsa.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof menerusi catatan di laman Facebooknya berkata pencapaian berterusan itu mencerminkan kekuatan jenama tempatan kelahiran Malaysia yang telah mengubah landskap penerbangan serantau.

“Melalui keterhubungan yang mampu milik, AirAsia telah membuka pintu peluang baharu, memperkasakan komuniti serta merancakkan pertumbuhan dalam sektor pelancongan, perdagangan dan perjalanan rentas sempadan.

“Perjalanan AirAsia menjadi bukti keupayaan inovasi, daya tahan dan aspirasi rakyat Malaysia serta memperlihatkan bahawa dengan wawasan dan iltizam, kita mampu membentuk masa depan penerbangan serantau dan global,” katanya yang turut mengucapkan tahniah atas pengiktirafan tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Tan Sri Tony Fernandes yang juga pengasas AirAsia menerusi kenyataan menyifatkan kemenangan selama 16 tahun berturut-turut itu sebagai begitu bermakna dan memberikan inspirasi untuk menawarkan perkhidmatan lebih baik.

Sementara itu, Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil turut mengucapkan tahniah atas pencapaian tersebut kepada AirAsia atas gelaran Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia oleh Skytrax.

“Bukan sahaja hampir satu bilion penumpang telah diterbangkan, malah AirAsia turut membawa identiti Malaysia dan ASEAN ke pentas dunia.

“Pencapaian ini membuktikan kekuatan hubungan serantau dalam menyatukan masyarakat, memacu pertumbuhan dan kemajuan bersama,” katanya menerusi catatan di Facebook.

-Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Harga runcit RON95 kekal, RON97 naik tujuh sen
Next: Energy Asia 2025 ketengah kepentingan minyak, gas dalam campuran tenaga global

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.