Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 16 anak yatim terima sumbangan Aidilfitri
  • TEMPATAN

16 anak yatim terima sumbangan Aidilfitri

Utusan Sarawak 5 years ago
SUMBANGAN RAYA… Sabtu menerima replika cek daripada Unit Kebajikan SKAL sambil disaksikan (dari kiri) Hanizah, Ustaz Mohd Khairul Nizam, Awang@Ibrahim dan Matdali.

ADENG IDRUS

LAWAS: Seramai 16 anak-anak yatim daripada Sekolah Agama(MIS) Lawas(SKAL) menerima sumbangan duit raya dan barangan berupa minuman serta biskut raya.

Sumbangan sebanyak RM7,800 diterima daripada Unit Kebajikan SKAL Tabung Anak Yatim dan Tabung Ihsan PKP.

Sejumlah RM7192.55 diterima daripada Tabung Infaq Ramadan PIBG SKAL dan RM300 daripada Koperasi SKAL.

Turut menyumbang ialah Lembaga Pengurusan SKAL Lawas dan sumbangan peribadi Pengerusi Lembaga Pengurusan SKAL Awang@Ibrahim bin Ahmad.

Semua sumbangan diserah kepada Guru besar SKAL Sabtu bin Damit yang kemudiannya diserahkan kepada waris dan waris pelajar yang hadir.

Tahun ini menyaksikan pertambahan sumbangan untuk Unit Kebajikan SKAL Tabung Anak Yatim daripada penderma tempatan dan daripada semenanjung.

Hadir sama ialah Guru besar SKAL Sabtu bin Damit, Pengerusi Lembaga SKAL Awang@Ibrahim bin Ahmad, Yang DiPertua PIBG SKAL, Ustaz Mohd Khairul Nizam bin Harun dan semua penolong kanan SKAL.

Majlis ringkas berlangsung di Dewan Makan SKAL setelah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia Lawas.

Continue Reading

Previous: Patuhi SOP elak penularan Covid-19
Next: Solat Jumaat di Masjid An-Nur Sibu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.