Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • 1,570 notis dikeluarkan sepanjang Ops Hari Raya Aidiladha di Sarawak
  • SEMASA

1,570 notis dikeluarkan sepanjang Ops Hari Raya Aidiladha di Sarawak

Utusan Sarawak 1 day ago

MIRI: Sebanyak 1,570 notis ketidakakuran telah dikeluarkan sepanjang tempoh pelaksanaan Ops Hari Raya Aidiladha (HRAA) selama tujuh hari yang bermula pada 4 Jun hingga kelmarin.

Menurut jurucakap Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak, sepanjang operasi tersebut, 8,915 kenderaan telah diperiksa, dan dua kenderaan turut disita atas pelbagai kesalahan.

“Antara kesalahan utama yang dikesan ialah lesen memandu tamat tempoh dan cukai jalan yang tidak diperbaharui oleh pemilik kenderaan,” kata jurucakap tersebut dalam kenyataan, semalam.

JPJ turut menasihatkan semua pengguna jalan raya agar segera memperbaharui lesen memandu serta cukai jalan yang telah tamat tempoh.

“Pemilik atau pemandu juga digesa untuk memastikan kenderaan sentiasa berada dalam keadaan baik dan selamat sebelum digunakan.

“Pemeriksaan aspek teknikal dan pematuhan spesifikasi kenderaan amat penting sebelum memulakan perjalanan,” tambah kenyataan itu.

Sehubungan itu, JPJ menyeru agar semua pengguna jalan raya mengamalkan sikap berhemah ketika memandu, sekali gus memainkan peranan dalam memastikan keselamatan diri dan pengguna jalan raya lain.

JPJ turut berharap agar komitmen dan kerjasama strategik seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi memperkukuh kesedaran tentang keselamatan jalan raya, ke arah pembentukan budaya pemanduan yang lebih selamat, berdisiplin dan bertanggungjawab.

Oleh Adum Liu

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Wanita PKR gesa tindakan tegas lindungi kanak-kanak daripada pengantunan seksual
Next: STR: Kaunter bantu penerima tiada akaun bank dibuka di pedalaman Sarawak mulai 21 Jun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.