Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 156 NADI beroperasi di Sarawak, termasuk 23 pusat baharu
  • TEMPATAN

156 NADI beroperasi di Sarawak, termasuk 23 pusat baharu

Utusan Sarawak 1 month ago
TANDATANGAN…. Teo Nie Ching menandatangani plag ketika hadir pada majlis Perasmian Pusat Sebaran Maklumat Nasional bertempat di NADI Pending dan Padungan Kuching. Turut hadir Datuk Liwan Lagang dan Dr Kelvin Yii Lee Wuen. Foto HERRIEY NAHA

KUCHING: Sebanyak 156 Pusat Ekonomi Digital (NADI) kini beroperasi di seluruh Sarawak termasuk 23 pusat baharu di bawah inisiatif ‘Satu DUN, Satu NADI’ yang diumumkan selepas pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching, penubuhan pusat baharu itu penting bagi memastikan tiada kawasan DUN tertinggal daripada akses kepada kemudahan digital dan latihan komuniti.

“Inisiatif ini bertujuan memastikan setiap kawasan DUN di Sarawak mempunyai sekurang-kurangnya satu NADI.

“Kita dapati bahawa di Sarawak ada 23 kawasan DUN yang belum ada NADI, jadi kesemua 23 pusat baharu itu telah siap dan beroperasi sejak hujung tahun lalu.

“Dua NADI yang saya lawat hari ini di Pending dan Padungan telah mula beroperasi sejak Oktober lalu dan sudah menarik lebih 1,300 hingga 1,600 orang pengguna,” katanya ketika ditemui media semasa lawatan ke NADI Padungan, di sini, hari ini.

TEO Nie Ching beramah mesra bersama komuniti. Foto HERRIEY NAHA

Dalam pada itu beliau berkata pelbagai latihan ditawarkan di bawah inisiatif NADI Keusahawanan, termasuk program NADIpreneur yang memberi tumpuan kepada pembangunan ekonomi komuniti melalui bimbingan dan latihan perniagaan.

“Antara komponen penting dalam program ini ialah NADI EmpowHER yang menyediakan latihan keusahawanan khusus untuk golongan wanita.

“Sasaran keseluruhan kita adalah melatih 7,000 peserta di seluruh negara bagi tahun 2025, dengan sekurang-kurangnya 60 peratus daripadanya merupakan wanita.

“Setakat 31 Mac 2025, seramai 3,390 wanita telah menerima latihan keusahawanan melalui perkhidmatan pintar NADI dan ini mewakili hampir 85 peratus daripada keseluruhan peserta yang telah dilatih,” jelasnya.

TEO Nie Ching menjawab soalan daripada pengamal media.
Foto HERRIEY NAHA

Tambah beliau, NADI juga menjadi pusat sehenti yang menyeluruh dengan kemudahan seperti kelas jahitan, memasak, baik pulih gajet, tuisyen dalam talian, dan juga latihan e-dagang bersama platform seperti TikTok, Shopee dan Lazada.

“Tadi di NADI Pending, seorang usahawan wanita yang jual gincu berkongsi bahawa dia tidak mahir buat akaun, tapi melalui NADI dia berjaya peroleh latihan tersebut.

“Kita juga bantu peserta yang sudah ada produk tetapi tidak tahu cara pembungkusan profesional untuk tingkatkan nilai pasaran mereka.

“Kemudahan internet berkelajuan tinggi 800 Mbps, suasana selesa, dan adanya 20 unit komputer riba menjadikan NADI lokasi ideal untuk latihan dan pembangunan komuniti,” ujarnya.

Turut hadir Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti), Datuk Liwan Lagang serta Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii Lee Wuen.

Oleh Masrin Affirah

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Teo Nie Ching mulakan lawatan kerja sehari di Kuching
Next: Florence Nervyn pecah tradisi, wanita Iban pertama dilantik Presiden SJA

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.