Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 1,554 karton air minuman disalur kepada penduduk terjejas di DUN Lingga
  • Tengah
  • WILAYAH

1,554 karton air minuman disalur kepada penduduk terjejas di DUN Lingga

Utusan Sarawak 8 hours ago
SEBANYAK 1,554 karton air minuman diagih kepada penduduk terjejas susulan gangguan bekalan air yang melanda beberapa kawasan di Lingga, semalam. Foto: ADUN Lingga

LINGGA: Penduduk yang terjejas di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lingga telah menerima bantuan sebanyak 1,554 karton air minuman menerusi Program Saberkas Prihatin susulan gangguan bekalan air yang melanda beberapa kawasan di sini, semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor berkata, bantuan tersebut disalurkan hasil kerjasama Pusat Khidmat N.28 Lingga bersama ahli Saberkas Cawangan Lingga yang turun padang bagi memastikan bekalan air minuman sampai kepada penduduk terjejas.

Menurut beliau, inisiatif tersebut merupakan usaha berterusan dalam memastikan kebajikan rakyat sentiasa terpelihara, terutama ketika berdepan situasi mencabar seperti gangguan bekalan air.

“Keutamaan kita adalah memastikan keperluan asas penduduk dipenuhi dan mereka tidak terbeban dengan kesukaran mendapatkan bekalan air bersih,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pengagihan bantuan melibatkan beberapa kawasan utama sekitar Lingga termasuk Tanjung Bijat, Stumbin serta kawasan Skra, Putat, Sembau dan Skait.

Di kawasan Tanjung Bijat, sebanyak 50 karton diagihkan di Rumah Mat Sebakak, diikuti Kampung Tajor Hilir (36 karton), Rumah Luang Juman (20 karton), Rumah Tawang Ili (26 karton) serta beberapa lokasi lain termasuk Kampung Sembayang yang menerima 96 karton.

Sementara itu, kawasan Stumbin menerima agihan terbesar dengan Kampung Hilir Stumbin menerima 132 karton, diikuti Kampung Pangkat (96 karton) dan beberapa rumah panjang lain seperti Gran A, Gran B dan Gran C.

Bagi kawasan Skra, Putat, Sembau dan Skait pula, Kampung Putat mencatat penerimaan tertinggi dengan 100 karton, diikuti Tanjung Rirang (58 karton) serta beberapa lokasi lain termasuk Gran Limu dan Terusan.

Dayang Noorazah menegaskan bahawa usaha tersebut membuktikan komitmen berterusan beliau dalam memastikan kebajikan rakyat di kawasan DUN Lingga sentiasa menjadi keutamaan.

Beliau turut memaklumkan bahawa pihak Pusat Khidmat N.28 Lingga akan terus memantau situasi bekalan air dari semasa ke semasa.

“Langkah proaktif akan terus diambil bagi mencari penyelesaian terbaik demi kesejahteraan penduduk,” tambahnya.

Program Saberkas Prihatin dilihat sebagai platform penting dalam membantu meringankan beban rakyat, khususnya ketika berlakunya gangguan bekalan utiliti asas di kawasan luar bandar.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Jualan lemang cecah 1,000 batang sehari menjelang Aidilfitri
Next: Wanita SIDS digesa terus aktif pacu pembangunan Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.