Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 15,300 KIR Parlimen Mukah terima bakul makanan
  • TEMPATAN

15,300 KIR Parlimen Mukah terima bakul makanan

Utusan Sarawak 4 years ago
SIMBOLIK PENYERAHAN…. Rosli Sopok (kanan) menyampaikan bakul makanan kepada Hamdiah Bakir pada upacara simbolik yang diadakan semalam.

MUKAH:  Sejumlah 15,300 Ketua Isi Rumah (KIR)  di kawasan Parlimen Mukah  akan menerima Bakul Makanan mulai hari ini (Selasa).

Sumbangan ini adalah   daripada Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Sabah Dan Sarawak merangkap Ahli Parlimen Mukah,  Dato  Hanifah Hajar Taib.

Simbolik penyerahannya diadakan semalam dan menyaksikan  Residen Bahagian Mukah, Hamdiah Bakir,  menerimanya daripada  Rosli Sopok yang mewakili Hanifah.

“Ia akan diagihkan kepada KIR di penempatan penduduk kawasan Parlimen 213  yang merangkumi Dewan Undangan Negeri(DUN)  Dalat, Tellian dan  Balingian. Saya difahamkan ia mengandungi beras, biskut, mi segera,  bihun, gula, garam, kopi, teh, kari ayam  dan sardin yang bernilai keseluruhan RM50 bagi sebuah bakul makanan,” kata Hamdiah  kepada media.

Beliau menambah bahawa jumlah keseluruhan nilai bantuan bakul tersebut adalah melebihi yang telah diperuntukkan untuk setiap kawasan parlimen.

“Ia akan diagihkan melalui penempatan masing-masing dengan bantuan Ketua Masyarakat, Ketua Kaum, Tuai Rumah, Kapitan dan melalui Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan juga terus kepada penduduk,“ katanya lagi.

Sementara itu, Rosli menyatakan jumlah keseluruhan dana digunakan adalah RM765,000 atau jauh melebihi peruntukan RM300, 000 bagi satu kawasan Parlimen.

“ Peruntukan Program Bakul Makanan Ahli Parlimen Malaysia ialah RM300,000 dan RM465,000 adalah daripada peruntukan bencana Parlimen Mukah. Pengagihan akan bermula pada esok (Selasa) dan penghantarannya akan  berperingkat-peringkat bergantung kepada bekalan. Saya mohon  penduduk untuk  bersabar,” ujarnya.

Kata Rosli, kawasan yang boleh dihubungi melalui kenderaan darat akan menerima bantuan dahulu, diikuti  di kawasan Nanga Baoh dengan menggunakan perahu atau kapal.

Difahamkan bantuan bakul makanan PEMULIH (Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi) bagi Negeri Sarawak berkenaan ialah untuk meringankan sedikit beban yang dihadapi penduduk berikutan pandemik Covid-19 ini.

Juga kelihatan hadir pada penyerahan ringkas yang diadakan di Dewan Seri Pekala Kuala Lama adalah dua  lagi Pegawai Khas Pusat Khidmat Mukah, Almahakim Norshidi dan Elizabeth Payong.

Oleh Henry B Siyu

Continue Reading

Previous: Tatsumi Kondo Memorial Workshop diiktiraf bengkel contoh
Next: Lima pertubuhan terima dana MRP RM45,000

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.