Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 1,528 penerima terima sumbangan khas sempena Gawai
  • Utara
  • WILAYAH

1,528 penerima terima sumbangan khas sempena Gawai

Utusan Sarawak 5 hours ago
ALBUM…Datuk Rosey Yunus merakamkan kenangan bersama para penerima sumbangan menyambut perayaan Hari Gawai Dayak 2026 di Dewan Masyarakat Bekenu pada Majlis Sejambak Kasih Hari Gawai Subis 2026, hari ini.

BEKENU: Pejabat Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Miri menyalurkan bantuan bulanan berjumlah RM11.5 juta kepada 4,800 penerima di Miri bagi tempoh Januari hingga Mei tahun ini.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak, Datuk Rosey Yunus, berkata bagi tempoh sama, sebanyak RM2.75 juta turut disalurkan kepada 1,094 penerima di Daerah Subis.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sejambak Kasih Hari Gawai Subis 2026 anjuran JKM Miri di Dewan Masyarakat Bekenu, pagi tadi.

Menurutnya, sempena sambutan Hari Gawai Dayak tahun ini, seramai 1,528 penerima bantuan bulanan kebajikan di Miri menerima sumbangan khas perayaan.

“Pada majlis ini, seramai 100 penerima yang hadir menerima sumbangan wang tunai RM100 seorang.

“Selain itu, 150 penerima lain telah menerima sumbangan sama pada Majlis Sejambak Kasih Hari Gawai Miri yang diadakan pada 30 April lalu.

“Baki 1,278 penerima yang tidak dapat hadir akan menerima sumbangan RM100 yang dikreditkan terus ke akaun masing-masing,” katanya.

Rosey yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu berkata, jumlah keseluruhan sumbangan sempena Hari Gawai Dayak tahun ini ialah RM152,800.

Katanya, bantuan itu bertujuan meringankan beban kewangan penerima di Daerah Subis, khususnya di kawasan Bekenu, Suai dan Niah, dalam persediaan menyambut Hari Gawai Dayak.

“Selain membantu memenuhi keperluan harian, sumbangan ini juga diharap dapat meningkatkan kualiti hidup keluarga kurang berkemampuan,” katanya.

Turut hadir wakil Pegawai Daerah Subis, Ananie Sharon Ricky Simpie; wakil Pegawai Kebajikan Bahagian Miri, Cynthia Rinai Barok; Pemanca Dr Ali Mudin serta ketua masyarakat setempat.

Oleh Adum Liu

Continue Reading

Previous: 76 peserta sertai latihan pengungsian bangunan di SK Gemuan
Next: Kemalangan maut di Miri meningkat lebih 30 peratus

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.