Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 152 individu dikurniakan Darjah dan Pingat Kebesaran Negeri Sarawak
  • TEMPATAN

152 individu dikurniakan Darjah dan Pingat Kebesaran Negeri Sarawak

Utusan Sarawak 2 hours ago
TAHNIAH… Residen Bahagian Samarahan, Mohamad Irwan Bahari Bujang menerima Darjah dan Pingat Kebesaran Negeri Sarawak oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dalam istiadat pengurniaan yang berlangsung di Astana Negeri Sarawak, hari ini. Foto UKAS

PETRA JAYA: Seramai 152 individu menerima Darjah dan Pingat Kebesaran Negeri Sarawak oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dalam istiadat pengurniaan yang berlangsung di Astana Negeri Sarawak, hari ini.

Istiadat dimulakan dengan pengurniaan Pingat Pentadbiran Awam Pingat Perkhidmatan Cemerlang (P.P.C) kepada sembilan penerima yang didahului oleh Residen Bahagian Samarahan, Mohamad Irwan Bahari Bujang.

TAHNIAH… Seramai 152 individu menerima Darjah dan Pingat Kebesaran Negeri Sarawak oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dalam istiadat pengurniaan yang berlangsung di Astana Negeri Sarawak, hari ini. Foto UKAS

Sementara itu, Dr. Lim Meng Shi, Murugaiah Meyappan, Sulaiman Salleh dan Nor Shahida Mohd Sahimi dikurniakan Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak Pegawai Bintang Sarawak (P.B.S).

Bagi Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak Pegawai Bintang Kenyalang (P.B.K), seramai 17 individu menerima anugerah tersebut termasuk Nur Azhar Bujang dan Abu Hassan Yusuf.

TAHNIAH… Seramai 152 individu menerima Darjah dan Pingat Kebesaran Negeri Sarawak oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dalam istiadat pengurniaan yang berlangsung di Astana Negeri Sarawak, hari ini. Foto UKAS

Pingat Pentadbiran Awam Pingat Perkhidmatan Bakti (P.P.B) pula dikurniakan kepada 20 penerima termasuk Reynold Johnny Nagat, Sukri Mohtar dan Syed Harold Salleh Wan Mohammad.

Selain itu, Awang Japar Awang Kabar, Abdul Halik Jafar, Aziz Mohammad bersama 10 penerima lain menerima Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak Ahli Bintang Sarawak (A.B.S).

Seramai 21 individu turut menerima Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak Ahli Bintang Kenyalang (A.B.K) yang didahului oleh Albert Tay Seng Pin.

TAHNIAH… Seramai 152 individu menerima Darjah dan Pingat Kebesaran Negeri Sarawak oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dalam istiadat pengurniaan yang berlangsung di Astana Negeri Sarawak, hari ini. Foto UKAS

Sementara itu, Pingat Pentadbiran Awam Pingat Perkhidmatan Terpuji (P.P.T) dikurniakan kepada 32 individu termasuk Datin Daisy Dayus, Anna Aman dan Dayang Ajibah Abang Mohd Supian.

Bagi Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak Bentara Bintang Sarawak (B.B.S), seramai 36 individu dianugerahkan darjah kebesaran tersebut yang dimulakan dengan Ketua Kaum Dahlan Jeraie, Felix Runya dan Hasbullah Bachok.

Hadir sama dalam istiadat berkenaan ialah Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi.

Turut hadir, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah, Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom dan tetamu kehormat lain.

-UKAS

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: AZAM perkasa belia sebagai influencer, pencipta kandungan melalui kerjasama komuniti
Next: KMKK tingkat kualiti perkhidmatan, seiring kenaikan elaun bulanan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.