
MIRI: Seramai 151 tahanan warganegara Indonesia yang ditahan di Depot Imigresen Bekenu, di sini telah dihantar pulang ke negara asal, semalam.
Menurut kenyataan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak, pemindahan warganegara Indonesia itu telah dilakukan di Pos Kawalan Imigresen Tebedu-Entikong pada 7.45 malam semalam.
Katanya, pemindahan itu terdiri daripada 109 lelaki dewasa, 33 wanita, 8 kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan yang ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen.
“Bagi memastikan kelancaran operasi, seramai 14 pegawai imigresen telah ditugaskan sebagai pasukan iring kawal.

“Pasukan ini diketuai oleh TPPI Felicia Bangau Tambi, dengan sokongan logistik terdiri daripada sebuah kenderaan pacuan empat roda, sebuah Toyota Hiace dan empat bas penumpang,” jelasnya.
Tambah beliau, pemindahan tahanan ini dilaksanakan secara bersepadu mengikut prosedur operasi standard (SOP) JIM dengan kerjasama agensi berkaitan di sempadan.