Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 1,500 JALANI ACD
  • TEMPATAN

1,500 JALANI ACD

Utusan Sarawak 4 years ago
ACD… Petugas barisan hadapan melakukan persediaan untuk menjalankan saringan pengesanan kes secara aktif (ACD) di Kampung Muara Tuang, Kota Samarahan.

KUCHING: Seramai 1,500 penduduk daripada 180 rumah di Kampung Muara Tuang, Kota Samarahan, menjalani saringan pengesanan kes secara aktif (ACD) susulan peningkatan jangkitan wabak Covid-19 di kawasan berkenaan.

Unit Khidmat Awam Sarawak (UKAS) Jabatan Ketua Menteri dalam kenyataan memaklumkan ujian saringan itu dijalankan dari rumah ke rumah dan turut diadakan di Dewan Serbaguna Kampung Muara Tuang bermula 8.30 pagi sehingga 3.00 petang semalam.

Ujian saringan itu dikendalikan Pejabat Kesihatan Bahagian Samarahan dengan kerjasama Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Samarahan.

Seramai 84 petugas terlibat dalam mengendalikan proses saringan itu, termasuk Pejabat Residen Bahagian Samarahan, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Setakat semalam, sebanyak 192 kes positif Covid-19 direkodkan di Bahagian Samarahan manakala 12 kes baharu dicatatkan.-Bernama

Continue Reading

Previous: 33 JKKK, NGO terima Peruntukan Khas PM
Next: Urus peruntukan berhemah, telus, berintegriti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.