

SIBU: Usaha memupuk kesedaran antidadah dalam kalangan murid terus diperkasakan dengan penyertaan seramai 150 pelajar, guru dan kakitangan dalam Program Institusi Pendidikan Bebas Dadah di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Su Lai di sini, kelmarin
Menurut kenyataan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Sibu di Facebook rasminya, program itu diadakan sempena Program Sekolahku Bebas Dadah dan Jenayah Peringkat Sekolah 2025.
“Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran murid mengenai bahaya penyalahgunaan dadah serta kepentingan pendidikan pencegahan sejak di bangku sekolah.
“Ia juga diharap dapat mewujudkan persekitaran pembelajaran yang selamat, sihat dan bebas daripada ancaman dadah,” kata kenyataan itu.
Selin ceramah, peserta turut diberi pendedahan mengenai kesan buruk penyalahgunaan dadah melalui mini pameran antidadah yang diadakan sepanjang program berlangsung.
Oleh Akun Giman