Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • 150 peserta hadiri program SEDAR, pupuk kesedaran keselamatan dan kesihatan kanak-kanak
  • KESIHATAN

150 peserta hadiri program SEDAR, pupuk kesedaran keselamatan dan kesihatan kanak-kanak

Utusan Sarawak 7 hours ago
PROGRAM Kesedaran Jenayah, Kesihatan dan Keselamatan Kanak-Kanak (SEDAR) di SJKC Chung Hua Roban, kelmarin. Foto Japen Saratok

ROBAN: Seramai 150 peserta yang terdiri daripada murid dan ibu bapa menghadiri Program Kesedaran Jenayah, Kesihatan dan Keselamatan Kanak-Kanak (SEDAR) yang diadakan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua Roban, kelmarin.

Guru Besar SJKC Chung Hua Roban, Oui Ai Hian, dalam ucapan perasmian program itu menegaskan bahawa sekolah bukan sahaja berperanan menyampaikan ilmu akademik, malah turut memikul tanggungjawab besar dalam membentuk sahsiah, akhlak dan kesejahteraan murid.

Beliau menekankan bahawa kanak-kanak kini terdedah kepada pelbagai risiko dan ancaman dalam dunia yang semakin kompleks, justeru perkara ini perlu diberi perhatian serius oleh semua pihak.

“Anak-anak yang berada di hadapan kita hari ini merupakan amanah dan harapan masa depan negara. Oleh itu, keselamatan dan kesihatan mereka perlu diberi keutamaan yang serius dan berterusan,” tambah beliau.

Oui Ai Hian berkata komunikasi berkesan, pemantauan berterusan serta hubungan penuh kasih sayang amat penting bagi memastikan anak-anak membesar dalam persekitaran yang selamat dan sejahtera.

Beliau turut mengingatkan ibu bapa bahawa tekanan pelajaran, pengaruh rakan sebaya, penggunaan gajet secara berlebihan serta kurangnya komunikasi boleh memberi kesan negatif terhadap perkembangan emosi kanak-kanak.

Pihak sekolah menyatakan sokongan penuh terhadap usaha berterusan ini dan berharap kerjasama erat antara sekolah, agensi kerajaan serta masyarakat setempat dapat diperkukuhkan bagi memastikan kesejahteraan kanak-kanak sentiasa terpelihara.

Program SEDAR bertujuan membentuk kesedaran awal dalam kalangan murid mengenai aspek keselamatan dan kesihatan, di samping memperkukuh peranan ibu bapa dalam memastikan anak-anak membesar dalam persekitaran yang selamat dan sihat.

Antara pengisian utama program ialah ceramah bertajuk Cegah Penyakit Berjangkit yang disampaikan oleh Pegawai Perubatan, Dr Muhammad Nadzirul Syafiq. 

Beliau memberi penerangan mengenai penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD), rabies serta scabies yang berisiko menular dalam komuniti.

Dr Muhammad Nadzirul menekankan amalan mencuci tangan dengan sabun dan menjaga kebersihan diri sebagai rutin harian untuk mengelakkan penyebaran HFMD. 

Beliau turut menasihatkan murid supaya menjauhi haiwan liar bagi mencegah jangkitan rabies dan segera mendapatkan rawatan sekiranya berlaku gigitan atau cakaran.

Sementara itu, ceramah Anti Buli di Sekolah yang disampaikan oleh Inspektor Wealy James memberi fokus kepada kesedaran mengenai bentuk-bentuk buli, termasuk fizikal dan lisan, serta implikasi undang-undangnya. 

Beliau turut menasihatkan ibu bapa memantau penggunaan telefon bimbit anak-anak bagi mengelakkan pengaruh negatif.

Oleh Adi Safarman

Tags: Kesihatan

Continue Reading

Previous: Inisiatif Bantuan Perubatan Sarawak pastikan rawatan tidak terhenti akibat kekangan kewangan
Next: SKF anjur program kesedaran kesihatan sempena Hari Buah Pinggang Sedunia 2026 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.