Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • 150 pelatih sukarela lapor diri latihan percubaan PLKN 3.0
  • NASIONAL

150 pelatih sukarela lapor diri latihan percubaan PLKN 3.0

Utusan Sarawak 4 months ago

Kem Rejimen 515 Askar Wataniah menjadi lokasi pertama pelaksanaan PLKN 3.0 dengan 150 pelatih sukarela dijadual melaporkan diri bagi Latihan Percubaan hari ini. - BERNAMA

KUALA LUMPUR: Sebanyak 150 pelatih sukarela dari seluruh negara melapor diri di Kem Rejimen 515 Askar Wataniah di sini, bagi mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang bermula secara rasmi hari ini selepas tujuh tahun dimansuhkan.

Ketibaan mereka di pekarangan kem berkenaan sejak 7.30 pagi bagi mengikuti program selama 45 hari itu, diiringi ahli keluarga yang hadir memberikan sokongan.

Proses pendaftaran bermula pada 7 hingga 11 pagi dan berlangsung dalam keadaan cuaca mendung.

Kesemua pelatih bagi Latihan Percubaan PLKN 3.0 berusia lingkungan 18 hingga 25 tahun itu akan menjalani latihan ketenteraan dan kenegaraan hingga 25 Feb ini.

Pelaksanaan semula program itu yang dijalankan secara berperingkat bertujuan memupuk semangat patriotisme, perpaduan nasional dan jati diri dalam kalangan golongan muda di Malaysia, selain melengkapkan mereka dengan ketahanan menghadapi cabaran hidup menerusi pengalaman latihan fizikal dan mental.  

— BERNAMA

Continue Reading

Previous: MPOX: KKM kenal pasti satu kes baharu
Next: Hujan lebat berterusan diramal bermula Rabu hingga 18 Januari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.