Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 150 kanak-kanak berkhatan beramai-ramai
  • WILAYAH

150 kanak-kanak berkhatan beramai-ramai

Utusan Sarawak 4 months ago

Dayang Noorazah melakukan acara bersiram kepada kanak-kanak yang akan dikhatankan.

LINGGA: Seramai 150 kanak-kanak menyertai program khatan percuma pada Sunathon Perdana 2025 bertempat di Dewan Sri Pahlawan Sekolah Kebangsaan (SK) Lela Pahlawan dekat sini hari ini.

Program anjuran Pusat Khidmat N.28 Lingga dengan kerjasama Pejabat Daerah Lingga, Pejabat Daerah Sri Aman dan Persatuan Doktor Pembedahan Hospital Sri Aman itu adalah yang kali kedua diadakan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor berkata, program tersebut bertujuan untuk menghidupkan semula budaya berkhatan secara beramai-ramai selain membantu meringankan beban ibu bapa.

Katanya, ia juga mampu menjadi platform untuk memupuk semangat perpaduan dan jalinan silaturahim dalam kalangan masyarakat.

Menurutnya lagi, objektif utama program adalah untuk membantu mengurangkan beban kos berkhatan sekali gus merapatkan hubungan antara kerajaan dengan masyarakat kampung tradisi.

“Dahulu, upacara ini hanya dijalankan di peringkat isi rumah atau keluarga sahaja tetapi kini sudah menjadi program komuniti yang diadakan secara beramai-ramai,” katanya.

Program tersebut telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Batang Lupar, Mohamad Shafizan Kepli.

Menurut Dayang Noorazah lagi, selain memupuk perpaduan, program itu juga membolehkan agensi kerajaan dan wakil rakyat setempat menyediakan satu plaftorm supaya komuniti boleh berkumpul serta menjalankan aktiviti secara bersama selain mengingatkan bahawa amalan berkhatan adalah untuk tujuan kebersihan dan kesihatan. 

Sehubungan itu katanya amalan berkhatan hari ini tidak menghalang masyarakat beragama lain daripada turut sama mengamalkannya walaupun ia sinonim dengan umat Islam.

Justeru beliau berharap program sedemikian dapat diteruskan pada masa akan datang dan menjemput lebih ramai peserta.

Dalam pada itu, program ini telah melibatkan penyertaan seramai 150 peserta kanak-kanak berumur sembilan hingga 12 tahun dari kawasan Sri Aman dan Lingga.

Turut hadir ialah Pegawai Tugas-Tugas Khas di Pejabat Premier Sarawak, Datuk Bujang Helmi Hazemi; Pegawai Daerah Lingga, Frank Lani; Pengarah Hospital Sri Aman, Dr. Hazwani Mohd Yusop dan Guru Besar SK Lela Pahlawan, Morshidi Uki.

Oleh ADI SAFARMAN

Continue Reading

Previous: Perayaan Tahun Baharu Cina medium pupuk perpaduan antara kaum
Next: BBP Bintulu jalankan khidmat khas hantar makanan kepada mangsa banjir  

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.