Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 15 terkorban, seekor anjing kecil terselamat dalam nahas helikopter Peru
  • GLOBAL

15 terkorban, seekor anjing kecil terselamat dalam nahas helikopter Peru

Utusan Sarawak 5 hours ago
GAMBAR edaran yang dikeluarkan oleh pejabat pendakwa raya Arequipa ini menunjukkan sisa bangkai helikopter yang terhempas pada 23 Februari 2026 di Chala Viejo, sebuah lokaliti di wilayah Arequipa, selatan Peru. Foto AFP

LIMA, Peru: Satu-satunya terselamat dalam nahas helikopter tentera di selatan Peru yang mengorbankan 15 nyawa ialah seekor anjing kecil milik seorang kolonel yang turut berada dalam pesawat berkenaan, menurut sumber tentera udara kepada AFP pada Selasa.

Pasukan penyelamat menemui anjing berwarna perang karamel itu di celah bangkai helikopter Mi-17 yang remuk selepas terhempas pada Ahad.

Haiwan itu ditemui terbaring di sisi mayat pemiliknya, Kolonel Javier Nole, 50, yang berada dalam pesawat bersama isteri dan dua anak perempuan mereka.

“Ia haiwan peliharaan Kolonel Nole; ia satu-satunya yang terselamat,” kata sumber yang enggan dikenali itu kepada AFP.

SERPIHAN bangkai helikopter yang terhempas bertaburan di tempat kejadian. Foto AFP

Media tempatan melaporkan anjing berkenaan kelihatan dalam keadaan baik, namun sebagai langkah berjaga-jaga ia dibawa ke sebuah klinik veterinar.

Tujuh kanak-kanak adalah antara 15 mangsa yang terkorban apabila pesawat buatan Rusia itu terhempas di wilayah Arequipa.

Helikopter berkenaan sebelum ini digunakan dalam operasi menyelamat mangsa banjir di kawasan tersebut. Helikopter itu berlepas dari bandar Pisco di wilayah Ica.

Pasukan penyelamat menemui bangkai pesawat pada Isnin, kira-kira 300 kilometer (186 batu) dari lokasi berlepas, berhampiran Chala Viejo, sebuah pekan di pesisir pantai Pasifik, Arequipa.

Tentera udara telah melancarkan siasatan bagi mengenal pasti punca kemalangan. – AFP

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Pusat khidmat di Masjid Nabawi beroperasi 24 jam sepanjang Ramadan
Next: NASA undurkan roket Bulan dari tapak pelancaran untuk pembaikan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.