Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • 15 Sept diisytihar hari kelepasan am tambahan sempena Sambutan Hari Malaysia 2025
  • NASIONAL

15 Sept diisytihar hari kelepasan am tambahan sempena Sambutan Hari Malaysia 2025

Utusan Sarawak 3 days ago

KUALA LUMPUR:  Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan 15 September ini sebagai hari kelepasan am tambahan bersempena Sambutan Hari Malaysia pada tahun ini.

Beliau berkata hari kelepasan am itu bagi menghargai ukhwah perpaduan dan keistimewaan pembentukan Malaysia.

“Ini mudah-mudahan dapat meningkatkan ukhwah, perpaduan dan mengingatkan kita kehebatan pemuka bangsa dalam mengusulkan pembentukan Malaysia negara tercinta,” kata Anwar.

Beliau berkata demikian pada Pengumuman Penghargaan untuk Rakyat Malaysia yang disiarkan secara langsung menerusi semua saluran televisyen utama serta platform media sosial, hari ini.

Sambutan Hari Malaysia 2025 pada 16 September ini akan diadakan di Pusat Konvensyen PICCA@Arena Butterworth, Pulau Pinang dengan pelbagai pengisian menarik.– Bernama

Continue Reading

Previous: Bukit Aman umum pertukaran lapan pegawai kanan bermula 25 Ogos ini
Next: Harga RON95 turun kepada  RM1.99 seliter, beri manfaat 19 juta pemandu kereta dan penunggang motosikal – PM Anwar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.