

AKTIVITI….Antara aktiviti yang dijalankan oleh pihak bomba dan kakitangan Lembaga Lada Malaysia Cawangan Bintangor sepanjang program. Foto BBP Bintangor
BINTANGOR: Seramai 15 peserta dari Lembaga Lada Malaysia Cawangan Bintangor menyertai ceramah keselamatan kebakaran pada semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin berkata program tersebut dikendalikan oleh beliau dan dua anggota bomba.
“Program bermula pada 9.00 pagi bertempat di Lembaga Lada Malaysia Cawangan Bintangor.
“Selain ceramah, pihak kami turut mengadakan demonstrasi kebakaran menggunakan alat pemadam api,” katanya.
Mahmudin berkata demikian ketika dihubungi media, hari ini.
Katanya, para peserta juga berpeluang mengendalikan alat pemadam api dengan cara yang betul.
“Alhamdulillah, program berjalan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini berlaku,” katanya.
Oleh Earl Anek