Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 15 persatuan, pertubuhan bergabung anjur Ramah Tamah Aidilfitri
  • Tengah
  • WILAYAH

15 persatuan, pertubuhan bergabung anjur Ramah Tamah Aidilfitri

Utusan Sarawak 4 weeks ago
SIMBOLIK PERASMIAN... Dato Mohd Chee Kadir bersama yang lain membuka lemang tanda simbolik perasmian majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran Alumni Sekolah Kebangsaan (SK) Abang Leman di Pusat Penjaja Kabong, semalam. Foto ADUN Kabong

KABONG: Sebanyak 15 persatuan serta pertubuhan di sekitar Daerah Kabong telah bergabung menganjurkan majlis Ramah Tamah Aidilfitri yang dianjurkan oleh Alumni Sekolah Kebangsaan (SK) Abang Leman bertempat di Pusat Penjaja Kabong, di sini semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir berkata beliau amat memuji dengan penganjuran seperti itu dan menyifatkan aspek kerjasama strategik memainkan peranan penting dalam keberhasilan menganjurkan program yang memberi impak kepada komuniti.

HADIR… Dato Mohd Chee Kadir menghadiri majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran Alumni SK Abang Leman bertempat di Pusat Penjaja Kabong, semalam. Foto: ADUN Kabong

“Penganjuran program secara gabungan ini memberi banyak manfaat, khususnya dalam mengeratkan silaturahim dan menyemarakkan semangat kerjasama dalam kalangan komuniti.

“Kerjasama begini yang saya sangat suka sekali kerana setiap persatuan atau pertubuhan di dalam sesebuah daerah dapat bergabung serta berkumpul dalam satu majlis,” katanya.

Lebih 1,000 penduduk memeriahkan sambutan Aidilfitri tersebut dan majlis ini diadakan dengan kerjasama 15 Badan Bukan Kerajaan (NGO) serta Pusat Penjaja Kabong, menciptakan suasana yang meriah dan penuh keceriaan.

Mengulas lanjut, Chee Kadir berkata sekiranya setiap persatuan mahupun pertubuhan dapat bergabung dalam melaksanakan sesuatu aktiviti seperti ini, maka ia dapat menjimatkan masa serta kos dalam mengendalikan sesuatu program.

Pada majlis tersebut, beliau turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM15,000 untuk disalurkan kepada Alumni SK Abang Leman Kabong bagi menjayakan majlis tersebut.

Sementara itu, Panel Penasihat Klinik Kesihatan Kabong telah diumum sebagai johan pertandingan reruai makanan, Persatuan Persara Kabong muncul naib johan dan Kelab Warga Emas Kabong di tempat ketiga.

Turut hadir, Datin Meryani Yassin, Pengerusi Alumni SK Abang Leman Kabong, Ulin Tabur, Pengerusi Persatuan Anak Kabong (PAK), Semawi Mohamad, Pegawai Perubatan Menguasa Klinik Kesihatan Kabong, Dr Khairah Afira Rozali, Penghulu Sani Mohamad dan Penghulu Rahman @ Dom Kapok.
Oleh Adi Saparman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 10,000 hadiri Rumah Terbuka Hari Raya Sibu Jaya 2025
Next: PKS platform perpaduan, pembangunan komuniti Kayan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.