Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 15 pemain sape sahkan kehadiran sertai bengkel 19-22 Jun ini
  • TEMPATAN

15 pemain sape sahkan kehadiran sertai bengkel 19-22 Jun ini

Utusan Sarawak 2 years ago
Ketua Eksekutif Datu Aloysius J. Dris bersama ahli komiti Sape merakam kenangan bersama pada sesi sidang akhbar Bengkel Sape 2023 di Kuching, hari ini. Foto ANDRE OLIVEIRO

KUCHING:  Seramai 15 peserta telahpun mengesahkan penyertaan mereka dalam Bengkel Sape 2023 yang akan diadakan dari 19 hingga 22 Jun ini di Kuching.

Ketua Eksekutif Yayasan Perpaduan Sarawak (YPS), Datu Aloysius J. Dris berkata, bengkel empat hari itu menyasarkan golongan belia pelbagai kaum yang berminat mendalami pembelajaran terhadap alat muzik tradisional itu.

“Pembelajaran ini bakal dimanfaatkan sekiranya ia dijadikan sebahagian daripada portfolio alat muzik para peserta secara meluas.

“Para peserta terdiri daripada golongan belia datangnya dari Sabah, Semenanjung dan rakyat tempatan bakal

“Acara ini bertujuan menarik minat belia untuk lebih mendekati instrument tersebut disamping memanfaatkan populariti sape di kalangan belia di Sarawak dan di Malaysia secara keseluruhannya.

“Selain itu, YPS juga berhasrat untuk menyatukan mereka sebagai sebahagian daripada niat strategik yang unik, menggunakan Sape sebagai faktor penyatuan untuk meneruskan minat muzik dan kerjaya anak muda kita di Malaysia,” katanya pada sidang media di Muzium Budaya Borneo, hari ini.

Alat muzik asli Sarawak yang legenda ini akan menjadi faktor pengikat di kalangan pemuzik muda dan bersama-sama mereka akan membina minat muzik di bawah panji Sape.

“Kem ini akan dikendalikan oleh pemuzik profesional tempatan iaitu lagenda sape iaitu Matthew Ngau, komposer, Narawi Rashidi, Maestro Sape Sarawak, Jerry Kamit dan penyelidik serta ahli akademik tempatan UNIMAS, Dr. Connie Lim.

“Individu utama ini akan berkongsi pengetahuan dan pengalaman mendalam mereka tentang sape sebagai alat muzik, asal usulnya dan perjalanan muzik sape di seluruh dunia,” katanya lagi sambil memberitahu YPS mungkin akan mengadakan acara seperti ini pada tahun akan datang.

 “ Selepas ‘pengijazahan’ mereka, peserta ini akan menjadi ‘Duta Sape YPS.’ Ia sememangnya akan menjadi peristiwa penting bagi YPS untuk memanfaatkan kem ini untuk memproyeksikan penjenamaan dan pengimejan korporatnya kepada pihak berkepentingan kami, orang ramai dan golongan belia khususnya,” katanya.

Majlis penutup akan disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YPS dan juga Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud pada 22 Jun di Muzium Budaya Borneo.

Bagi menandakan berakhirnya bengkel tersebut, duta-duta sape akan mengadakan konsert mini yang dinamakan ‘Konsert Perpaduan Petang’ pada 22 Jun mulai 7.30 malam seterusnya di Amphitheatre Godown, Tebingan Kuching.

Konsert selama sejam itu akan menampilkan duta-duta ini memakai pakaian tradisional lengkap mereka yang menerajui persembahan pentas malam sape.

Oleh Nur Ain Otsman

Continue Reading

Previous: Tiket penyertaan RWMF 2023 di tiga lokasi terpilih mulai esok
Next: Ops Gawai 2023: 4,760 kenderaan diperiksa, 430 notis ketidakakuran dikeluarkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.