Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 15 pegawai, 250 anggota terlibat perbarisan serah terima tugas
  • WILAYAH

15 pegawai, 250 anggota terlibat perbarisan serah terima tugas

Utusan Sarawak 2 years ago
SELAMAT MAJU JAYA… Shauari (kiri) menyerahkan Tongkat Kuasa Panglima kepada Ahmad sambil disaksikan oleh Hassan (tengah). Foto 9 Briged

SIBU: Seramai 15 pegawai dan 250 anggota lain-lain pangkat (LLP) terlibat dalam Perbarisan Serah Terima Tugas Panglima Briged Kesembilan Infantri Malaysia (9 Bgd) di Padang Kawad Batalion Ketiga Rejimen Renjer Diraja (3 RRD) Kem Oya, semalam.

Perbarisan tersebut diketuai oleh Pegawai Memerintah Batalion Ke-20 Rejimen Askar Melayu Diraja (20 RAMD) Leftenan Kolonel Mohd Firdaus M.Yatim.

Majlis Serah Terima Tugas Panglima 9 Bgd dilaksanakan antara Brigadier Jeneral Mohd Shauari Mat Piah dan Brigadier Jeneral Ahmad Norzaini Badrun selaku Panglima 9 Bgd Ke-27. 

Shauari akan bertukar keluar ke Akademi Tentera Darat (ATD) menjawat jawatan sebagai Komandan, manakala Ahmad bertukar masuk daripada Bahagian Penyelidikan dan Penilaian Tentera Darat (BPPTD).

Acara dimulakan dengan upacara perbarisan, menandatangani Nota Serah Terima Tugas serta Serah Terima Tongkat Kuasa Panglima sebagai simbolik peralihan kuasa dan penukaran tampuk pemerintahan yang baharu bagi 9 Bgd. 

Perbarisan yang penuh rejimental ini disaksikan oleh Panglima Divisyen Pertama Infantri Malaysia Mejar Jeneral Hassan Embong.

Sejurus selepas Perbarisan Serah Terima Tugas Panglima 9 Bgd, Majlis Serah Terima Tugas Pengerusi Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) 9 Bgd turut dilaksanakan antara Profesor Madya Dr Hajah Fatimah Wati Halim dan Norayrah Safiei selaku Pengerusi BAKAT 9 Bgd baharu. 

Turut hadir menyaksikan acara adalah Pengerusi BAKAT Divisyen Pertama Infantri Malaysia Hasliza Abdul Wahab.

Oleh AKUN GIMAN

Continue Reading

Previous: STATOB dijangka beroperasi hujung tahun ini
Next: 11 NGO terima peruntukan geran berjumlah RM111,000

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.