
SIBU: Sebanyak 15 persatuan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menerima Peruntukan Khas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato Sri Tiong King Sing berjumlah RM415,000 hari ini.
Majlis penyampaian peruntukan tersebut telah disempurnakan oleh Pengerusi Parti Demokratik Progresif (PDP) Bahagian Dudong Datuk Teo Boon Siew.
Dalam ucapannya, Teo sekali lagi menasihatkan para penerima supaya menggunakan peruntukan tersebut dengan betul mengikut tujuan asal permohonan.
“Sebagai contoh, jika permohonan untuk membaiki rumah, gunakan peruntukan ini untuk membaiki rumah, jika permohonan untuk menjalankan aktiviti tahunan, gunakan bagi tujuan itu.
“Ini penting, sekira berlakunya penyalahgunaan, ia boleh menyukarkan kelulusan permohonan peruntukan pada masa akan datang,” tegasnya.
Turut hadir Setiausaha Politik Premier Sarawak, Joshua Ting Fu Ying.
Oleh Akun Giman