Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • 15 motosikal disita, 55 saman dikeluarkan dalam Ops Samseng Jalanan di Miri
  • JENAYAH

15 motosikal disita, 55 saman dikeluarkan dalam Ops Samseng Jalanan di Miri

Utusan Sarawak 15 hours ago
PERIKSA…Anggota polis memeriksa motorsikal yang ditahan dalam Ops Samseng Jalanan  yang dilaksanakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri, malam tadi. Foto IPD Miri. By

MIRI: Sebanyak 15 motosikal telah disita manakala 55 saman dikeluarkan dalam Ops Samseng Jalanan yang dijalankan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Farhan Lee Abdullah berkata, operasi bermula pada 10.00 malam hingga 3.00 pagi dan melibatkan beberapa lokasi utama iaitu Jalan Bandaraya Miri, Marina Utama dan Jalan Miri-Bypass.

“Dalam operasi ini, sebanyak 17 kenderaan telah diperiksa dan daripada jumlah itu, 15 motosikal disita di bawah Seksyen 60 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana diubah suai daripada struktur asal serta untuk pemeriksaan lanjut,” katanya dalam kenyataan, pagi ini.

Menurut beliau lagi, seramai 15 individu turut diperiksa sepanjang operasi dan sebanyak 55 keping saman PDRM (K) 257 telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas.

Farhan menjelaskan, operasi ini bertujuan membanteras kegiatan samseng jalanan dan memastikan pengguna jalan raya mematuhi undang-undang serta peraturan jalan raya yang ditetapkan.

“Operasi seumpama ini akan terus dijalankan dari semasa ke semasa. Penunggang motosikal dinasihatkan agar sentiasa mematuhi peraturan, tidak mengubah suai struktur asal kenderaan, tidak terlibat dalam aktiviti berbahaya serta tidak berkumpul di tepi jalan hingga menimbulkan kesesakan dan gangguan bunyi yang mengganggu ketenteraman awam,” tegasnya.

Tambah beliau, kecuaian pengguna jalan raya boleh mendatangkan bahaya bukan sahaja kepada diri sendiri, malah kepada pengguna lain.

Operasi ini dilaksanakan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Miri yang terdiri daripada seorang pegawai kanan bersama tujuh anggota.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Kho Teck Wan calls for urgent review of student dormitory safety measures following tragic death
Next: Dua lelaki direman empat hari, disyaki serang anggota penguat kuasa di Telang Usan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.