Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 15 motosikal diperiksa, 10 saman dikeluarkan dalam Operasi Bersepadu Dalaman
  • Tengah
  • WILAYAH

15 motosikal diperiksa, 10 saman dikeluarkan dalam Operasi Bersepadu Dalaman

Utusan Sarawak 6 hours ago

BSPT I0D Betong telah melaksanakan Operasi Bersepadu Dalaman pada Khamis, melibatkan rondaan dan pemeriksaan di sekitar kawasan Debak.⁣ Foto IPD Betong

BETONG: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Betong melalui Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) telah melaksanakan Operasi Bersepadu Dalaman pada Khamis, melibatkan rondaan dan pemeriksaan di sekitar kawasan Debak.

Menurut kenyataan IPD Betong hari ini, operasi yang dijalankan dari 4.00 petang hingga 8.00 malam itu melibatkan kekuatan seramai 10 anggota terdiri daripada pegawai dan anggota BSPT IPD Betong, Balai Polis Debak serta Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK).

Antara lokasi tumpuan ialah Jalan Pekan Debak, Jalan Suri Debak, Kampung Debak Laut, Kampung Bungey, Kampung Dit, Kampung Babu dan Kampung Lalang.

Sepanjang operasi, sebanyak 15 motosikal diperiksa melibatkan seramai 17 individu, terdiri daripada 16 lelaki dan seorang perempuan.

Hasil pemeriksaan mendapati polis telah mengeluarkan 10 saman di bawah Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (PDRM K257) atas pelbagai kesalahan lalu lintas.

Kesalahan yang dikesan termasuk mengubah suai ekzos (empat saman), tidak memakai topi keledar (lima saman) serta kesalahan hon (satu saman). Namun, tiada tangkapan, rampasan atau sitaan kenderaan dilakukan dalam operasi tersebut.

IPD Betong turut menasihatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya serta mengutamakan keselamatan diri ketika berada di jalan raya.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Petunjuk baharu bot digunakan dua beranak ditemui
Next: Tiong gesa Sabah bertindak hentikan kutipan haram di Pulau Timba-Timba

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.