Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 15 keluarga 39 penghuni Rumah Tembawai Kapok, Awik berjaya dipindah ke PPS
  • Tengah
  • WILAYAH

15 keluarga 39 penghuni Rumah Tembawai Kapok, Awik berjaya dipindah ke PPS

Utusan Sarawak 4 months ago

SARATOK: Seramai 15 keluarga daripada 39 penghuni Rumah Tembawai Kapok, Awik berjaya dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Dayak sejak 4.30 petang, hari ini.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Saratok, Leftenan Nur Athirah Batu berkata setakat 7.30 malam ini, sebanyak 15 keluarga telah berada di PPS yang telah diaktifkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Saratok pada 3.30 petang tadi.

Beliau berkata mangsa adalah terdiri daripada 14 lelaki, lapan wanita, enam warga emas lelaki, seorang warga emas wanita, sembilan kanak-kanak perempuan dan seorang kanak-kanak lelaki.

“Kita jangkakan bilangan mangsa yang ditempatkan ke PPS Dewan Dayak Saratok akan bertambah berikutan trend air sungai berdekatan rumah panjang terbabit meningkat,” katanya ketika dihubungi.

Nur Athirah berkata buat masa ini pihaknya bertungkus-lumus membantu mangsa dan proses memindahkan mangsa terjejas masih dilaksanakan oleh agensi-agensi berkaitan.

Dalam pada itu, beliau berkata, APM akan terus memantau situasi semasa di kawasan terjejas dan menasihati penduduk di kawasan yang berisiko banjir untuk peka akan arahan semasa daripada pihak berwajib.

“Kita menyeru masyarakat agar mematuhi arahan pihak berkuasa dan bersedia berpindah dengan segera sekiranya diarah berbuat demikian,” ujarnya.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Dua rumah panjang terjejas dengan runtuhan tanah
Next: Paras air naik di beberapa kampung di Matu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.