Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • 15 individu ditahan dalam operasi Antidadah AADK Sibu
  • JENAYAH

15 individu ditahan dalam operasi Antidadah AADK Sibu

Utusan Sarawak 11 hours ago
AADK MEMPERGIATKAN OPERASI….Bagi mencapai matlamat ‘Dadah Terkawal 2025’. Foto kredit AADK Daerah Sibu

SIBU: Seramai 15 individu, termasuk seorang wanita, ditahan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Sibu dalam Operasi Perdana Bil. 5/2025 yang dijalankan selama dua hari bermula semalam hingga hari ini.

Menurut kenyataan AADK Daerah Sibu, daripada jumlah tersebut, 11 individu berusia antara 19 hingga 50 tahun didapati positif dadah jenis Methamphetamine (syabu) hasil ujian saringan awal air kencing.

Operasi itu digerakkan dengan kekuatan sembilan pegawai dan anggota AADK serta memberi tumpuan kepada kawasan tertentu di sekitar bandar Sibu.

AADK menjelaskan, pelaksanaan operasi berkenaan merupakan langkah proaktif agensi itu dalam mengesan, menahan dan memastikan individu yang terlibat dalam penagihan dadah menjalani rawatan serta pemulihan sama ada dalam komuniti atau institusi, selaras dengan Akta Penagih dan Penyalah Guna Dadah dan Bahan (Rawatan dan Pemulihan) 1983 yang diluluskan baru-baru ini.

AADK MEMPERGIATKAN OPERASI….Bagi mencapai matlamat ‘Dadah Terkawal 2025’. Foto kredit AADK Daerah Sibu

Selain itu, operasi bertujuan untuk memutuskan rangkaian bekalan dan permintaan terhadap bahan terlarang di kawasan sasaran yang telah dikenal pasti di Sibu.

Kesemua individu yang ditahan kini disiasat di bawah akta berkenaan.

AADK Daerah Sibu menegaskan pihaknya akan terus mempergiat operasi seumpama itu bagi mencapai matlamat ‘Dadah Terkawal 2025’.

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Penduduk tangkap dua lelaki, diserahkan kepada polis
Next: Polis rampas syabu 5.30 gram di Stampin, suspek positif dadah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.