Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 1,461 kelas Tabika KEMAS di S’wak
  • TEMPATAN

1,461 kelas Tabika KEMAS di S’wak

Utusan Sarawak 4 years ago
TAHNIAH… Pengarah KEMAS Sarawak Khairuddin Mohammad Nasir (empat, kanan) dan Ripin Lamat rakam kenangan bersama pihak pengurusan Tabika KEMAS Kampung Opak semalam.

BEKENU: Sarawak kini mempunyai sebanyak 1,461 kelas Tabika KEMAS dan seramai 18,839 kanak-kanak mendapat pendidikan awal di pusat tersebut ketika ini.

Pengarah KEMAS Sarawak Khairuddin Mohammad Nasir berkata demikian pada Program Jelajah Perasmian Tabika KEMAS di Kampung Opak semalam.

Katanya, di kawasan Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.72 Lambir mempunyai 39 buah kelas dan 488 kanak-kanak mendapatkan pendidikan di lima Tabika KEMAS Lambir.

Selain itu, terdapat juga dua buah kelas Taska Lambir dengan mempunyai kanak-kanak seramai 29 orang setakat ini.

“Hari ini kita bersama ADUN Lambir Ripin Lamat melakukan Perasmian Jelajah Tabika Kemas di lima buah Tabika Kemas di kawasan Lambir ini.

“Lima Tabika KEMAS di Lambir ialah Tabika KEMAS Kampung Opak, Tabika KEMAS Kampung Satap, Tabika KEMAS Kampung Subak, Tabika KEMAS Kampung Kejapil dan Tabika KEMAS Sungai Ukong,” katanya lagi.

Terima kasih kepada ADUN Lambir Ripin Lamat yang banyak memberi sumbangan dalam memajukan pendidikan anak-anak di kawasan Lambir ini.

Sehubungan itu, kawasan kampung yang mahu mengadakan Tabika KEMAS perlu menyediakan tapak tanah kerana pihak KEMAS tidak mempunyai peruntukan pembinaan sesebuah Tabika KEMAS setakat ini, tambahnya lagi.

Hadir pada majlis itu ialah ADUN Lambir Ripin Lamat, Pegawai KEMAS Bahagian Miri Josipah Sabas, Pegawai Jabatan Kerja Raya Miri Sebastian Merani, KK Mohammad Othman Abdullah dan Pengerusi Tabika KEMAS Kampung Opak Masni Juka.

Oleh ADUM LIU

Continue Reading

Previous: Sarawak rekod 10,201 tangkapan
Next: Usaha pulihkan sektor pelancongan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.