Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • 14,467 program IOW sejak awal 2020
  • NASIONAL

14,467 program IOW sejak awal 2020

Utusan Sarawak 5 years ago

KOTA KINABALU, 24 Sept -- Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah hadir pada Program Info On Wheels (IOW) anjuran Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen), Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia Taman Jumbo, Putatan hari ini. Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Shakib Ahmad Shakir (kiri) dan Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Strategik) Jabatan Penerangan Malaysia Datuk Mohd Sukari Ab Hamid (kanan). IOW merupakan salah satu program JaPen dalam menghebahkan isu semasa dan memasarkan dasar serta inisiatif kerajaan melalui Unit Bergerak JaPen.
IOW Jom Mengundi telah dilaksanakan sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 sebagai salah satu usaha untuk menggalakkan rakyat melaksanakan tanggungjawab mereka mengundi pada Sabtu ini. 
IOW Jom Mengundi telah bermula sejak 8 September dan akan berakhir pada esok. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

MENTERI Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah hadir pada Program Info On Wheels (IOW) anjuran Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen), Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia Taman Jumbo, Putatan semalam. Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Shakib Ahmad Shakir (kiri) dan Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Strategik) Jabatan Penerangan Malaysia Datuk Mohd Sukari Ab Hamid (kanan). • Foto BERNAMA

KOTA KINABALU: Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah berkata, sebanyak 14,467 program ‘Info On Wheel’ (IOW) telah dilaksanakan di seluruh negara meliputi 58,358 lokasi sejak ia dimulakan pada 23 Januari lalu sehingga Rabu lepas.

Beliau berkata, daripada jumlah itu sebanyak 1,578 program IOW telah dilaksanakan di 5,380 lokasi di seluruh negeri Sabah.

“Hebahan dan penerangan yang dilaksanakan semasa program itu meliputi hebahan semua kategori Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pencegahan diri dan cara menangani Covid-19, inisiatif kerajaan dan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (e-Census), “Selain itu terdapat hebahan mengenai bayaran semula moratorium, kempen nasional seperti Rukun Negara, Kempen Kibar Jalur Gemilang, Kempen Anti Pemerdagangan Orang, Kempen Antidadah dan Kempen Jom Mengundi.

Beliau berkata demikian semasa menghadiri program IOW Jom Mengundi di Taman Jumbo, Petagas, Putatan, dekat sini semalam.

Saifuddin berkata, IOW merupakan satu daripada program Jabatan Penerangan (JaPen) dalam menghebahkan isu semasa dan memasarkan dasar serta inisiatif kerajaan melalui Unit Bergerak JaPen.

Mengulas mengenai IOW Jom Mengundi, beliau berkata ia dilaksanakan sejak 8 September lalu sehingga esok sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah sebagai satu usaha untuk menggalakkan rakyat melaksanakan tanggungjawab mengundi pada Sabtu ini.

“Hebahan itu dilakukan melalui pembesar suara Unit Bergerak JaPen dan turut disertai dengan aktiviti edaran risalah Jom Mengundi dan Garis Panduan Pencegahan Covid-19 bagi PRN Sabah semasa hari pengundian,” katanya. – Bernama

Continue Reading

Previous: Kes saman cukai pendapatan Ku Nan selesai
Next: Muhyiddin minta rakyat bersama kerajaan pimpinannya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.