Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • 1,443 kandungan jelik libatkan kanak-kanak diturunkan setakat 15 Julai – Fahmi
  • NASIONAL

1,443 kandungan jelik libatkan kanak-kanak diturunkan setakat 15 Julai – Fahmi

Utusan Sarawak 16 hours ago
MENTERI Komunikasi Datuk Fahmi Fadzi bercakap pada Mesyuarat Kedua, Penggal Keempat Parlimen ke-15 Persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR:  Sebanyak 1,443 kandungan jelik dan melampau melibatkan kanak-kanak telah diturunkan penyedia perkhidmatan media sosial dari pelbagai platform digital antara 1 Januari 2022 hingga 15 Julai lepas.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata tindakan itu susulan pelanggaran terhadap Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta garis panduan komuniti yang ditetapkan oleh penyedia platform berkenaan.

Fahmi menjawab soalan Datuk Mumtaz Md Nawi (PN-Tumpat) berhubung kawal selia yang telah dan akan dilaksanakan bagi memastikan algoritma penyedia platform seperti YouTube dihalang daripada terus menyuburkan konten anomali, toksik dan merosakkan kognitif seperti brain rot daripada terus muncul kepada pengguna khususnya remaja dan kanak-kanak pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah melaksanakan sesi libat urus berterusan dengan penyedia platform seperti YouTube dan TikTok untuk memastikan algoritma mereka lebih telus dan selaras dengan peraturan tempatan.

“Ini termasuk keperluan untuk mengehadkan pendedahan pengguna kepada kandungan berunsur negatif atau memudaratkan,” katanya.

Selain itu, Fahmi berkata bermula 1 Jan lepas, penyedia perkhidmatan pesanan Internet dan media sosial yang memenuhi kriteria pelesenan diwajibkan memohon Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi sebagai langkah kawal selia kandungan dan pengurusan algoritma lebih bertanggungjawab.

Beliau berkata Kod Tatalaku yang diterbitkan MCMC turut mewajibkan langkah seperti verifikasi umur, kawalan ibu bapa yang efektif, fungsi keselamatan untuk kanak-kanak serta audit kandungan secara berkala.

Fahmi berkata Kempen Internet Selamat yang dilancarkan awal tahun ini juga giat dilaksanakan di sekolah dan institusi pengajian tinggi dengan lebih 60,000 pelajar terlibat setakat ini. 

“Buat masa ini, kempen ini akan dilaksanakan di 10,000 sekolah, institusi pengajian tinggi serta Institut Pendidikan Guru melalui beberapa inisiatif libat urus dan kerjasama dengan Majlis Perwakilan Pelajar di universiti awam seluruh negara,” katanya. – Bernama

Continue Reading

Previous: Konflik Thailand-Kemboja: Malaysia jadi tajuk utama media, terima pujian antarabangsa
Next: Kerajaan kaji teroka peluang ‘ekonomi perak’ hadapi impak negara tua – Hanifah Hajar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.