Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 144 warga SK Sungai Mador sertai ceramah keselamatan kebakaran
  • Tengah
  • WILAYAH

144 warga SK Sungai Mador sertai ceramah keselamatan kebakaran

Utusan Sarawak 1 day ago
PENGISIAN AKTIVITI.…Antara pengisian aktiviti dijalankan di program ceramah keselamatan kebakaran di SK Mador. Foto BBP Bintangor 

BINTANGOR: Seramai 101 murid, 15 murid prasekolah, 17 guru dan 11 staf Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Mador telah menyertai program ceramah keselamatan kebakaran yang dianjurkan baru-baru ini.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin, program tersebut dijalankan bermula 9.00 pagi, baru-baru ini. 

“Seramai 144 warga SK Mador menyertai program ini di sekolah mereka.

“Program dikendalikan oleh enam orang anggota bomba,” katanya ketika dihubungi. 

Katanya, turut dijalankan adalah demonstrasi alat pemadam api.

“Alhamdulillah, program berjalan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini berlaku. 

“Pasukan bomba turut menjalankan pemeriksaan menghapus bahaya kebakaran (MBK) di sekolah tersebut. 

“Program selesai sepenuhnya pada 11.00 pagi,” katanya. 

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Ular ‘tumpang lalu’ di tingkap rumah, Bomba Bintangor ambil tindakan segera
Next: Infrastruktur asas luar bandar terus diberi perhatian – Huang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.