Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 143 kenderaan diperiksa dalam Ops Khas JPJ Sri Aman
  • Tengah
  • WILAYAH

143 kenderaan diperiksa dalam Ops Khas JPJ Sri Aman

Utusan Sarawak 54 mins ago
OPS Khas Gempur Kenderaan Perdagangan dari 1 Disember hingga semalam di Lebuh Raya Pan Borneo, melibatkan kawasan antara Simpang Jaong hingga Skim Skrang. Foto: JPJ Sarawak

SRI AMAN: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Sri Aman telah melaksanakan Ops Khas Gempur Kenderaan Perdagangan dari 1 Disember hingga semalam di Lebuh Raya Pan Borneo, melibatkan kawasan antara Simpang Jaong hingga Skim Skrang.

Operasi yang diketuai oleh Kastury Hassan itu disertai anggota Unit Operasi dengan bantuan Unit Pengujian JPJ Sri Aman, khusus bagi menilai tahap pematuhan undang-undang dalam kalangan pemandu serta pengendali kenderaan perdagangan.

Sepanjang dua hari operasi, sebanyak 143 kenderaan, termasuk kenderaan persendirian, telah diperiksa bagi memastikan keselamatannya berada pada tahap memuaskan dan mematuhi syarat perundangan yang ditetapkan.

Pemeriksaan tertumpu kepada aspek perlesenan pemandu, keadaan teknikal kenderaan, dokumen sah seperti cukai jalan dan insurans, serta pematuhan permit bagi kenderaan perdagangan.

Antara kesalahan yang dikesan termasuk individu yang memandu tanpa lesen, ketiadaan Lesen Memandu Kenderaan Barangan (GDL), cukai jalan dan insurans tamat tempoh serta pelanggaran syarat permit yang ditetapkan.

JPJ turut memaklumkan bahawa tindakan penguatkuasaan diambil terhadap beberapa pemandu dan pemilik kenderaan yang didapati melanggar peraturan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

JPJ Sarawak menegaskan bahawa pihaknya akan terus komited memastikan aspek keselamatan jalan raya dipertingkat menerusi operasi berkala dan pemeriksaan berfokus seperti ini.

Agensi itu turut mengingatkan bahawa sebarang bentuk ketidakpatuhan terhadap peraturan jalan raya tidak akan dikompromi demi keselamatan semua pengguna.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: NSJA sambut baik insentif RM700 untuk pengamal media swasta
Next: Projek naik taraf jalan ladang Rapong, Debak siap lebih awal 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.