Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 142 peserta sertai program ceramah kebombaan di BBP Sarikei
  • Tengah
  • WILAYAH

142 peserta sertai program ceramah kebombaan di BBP Sarikei

Utusan Sarawak 5 hours ago

PENGISIAN AKTIVITI….Antara pengisian aktiviti yang dijalankan sepanjang program. Foto BBP Sarikei

SARIKEI: Seramai 142 peserta terdiri daripada murid, kakitangan Tadika PASTI dan ibu bapa telah menyertai program ceramah kebombaan di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, semalam.

Ketua BBP Sarikei, Arrahman Chik berkata, program yang berlangsung dari 8.30 pagi hingga 11.00 pagi itu merangkumi sesi pendidikan teori dan praktikal mengenai keselamatan kebakaran.

Antara pengisian utama ialah langkah pencegahan kebakaran, cara penggunaan alat pemadam api dengan betul serta tatacara menyelamatkan diri ketika berdepan situasi kecemasan.

“Pendidikan keselamatan kebakaran pada usia awal penting bagi membentuk generasi yang peka terhadap risiko di sekeliling mereka.

“Kanak-kanak perlu memahami apa yang perlu dilakukan ketika berlaku kecemasan, termasuk cara keluar dari kawasan berasap, langkah jika pakaian terbakar dan cara menggunakan peralatan keselamatan dengan betul,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, ibu bapa turut memainkan peranan penting dalam meminimumkan risiko kebakaran di rumah.

“Apabila ibu bapa faham, mereka bukan sahaja melindungi keluarga, tetapi membantu membina tahap keselamatan dalam rumah tangga masing-masing.

“Program turut mengetengahkan ceramah kerjaya sebagai pegawai bomba kepada ibu bapa, sebagai pendedahan terhadap peranan pasukan bomba dalam perkhidmatan awam,” katanya.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: BBP Kanowit jalankan rondaan pemantauan banjir susulan hujan berterusan
Next: SFC lancar operasi buru buaya gergasi di Limbang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.