Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • 14,048 orang pulang ke tanah air sejak 24 julai
  • NASIONAL

14,048 orang pulang ke tanah air sejak 24 julai

Utusan Sarawak 5 years ago
SIDANG Media Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semasa sidang media mengenai perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) semalam.• Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Sejak 24 Julai hingga Rabu lepas seramai 14,048 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa dan ditempatkan di 67 hotel dan lima Institut Latihan Awam (ILA).

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu 43 individu dihantar ke hospital untuk rawatan manakala 6,316 individu telah  dibenarkan pulang.

“Mereka telah pulang dari 32 negara iaitu Filipina, Thailand, Indonesia, Kemboja, Singapura, Vietnam, Brunei, Qatar, Pakistan, Arab Saudi, Hong Kong, India, UAE, Jepun, Turki, Korea Selatan, Iran, Nepal, Bangladesh, Myanmar, Timor Leste, Taiwan, China, UK, Belanda, Papua New Guinea, Mesir, Sepanyol, Perancis, Australia, New Zealand dan Amerika Syarikat,” katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) semalam. 

Beliau berkata, Rabu lepas Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengadakan 380 pemeriksaan terhadap individu yang menjalani kuarantin wajib 14 hari di kediaman masing-masing dan mendapati mereka mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.   

Sementara itu, Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai PDRM telah membuat 67,369 pemeriksaan Rabu lepas dan menahan 117 individu atas kesalahan ingkar arahan PKP.   

Ismail Sabri berkata, daripada jumlah itu 91 individu dikompaun dengan  26 lagi direman melibatkan kesalahan seperti gagal menyediakan peralatan atau catatan keluar masuk, tidak memakai pelitup muka, premis beroperasi lebih masa, menjalankan aktiviti pelacuran serta aktiviti melibatkan kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan fizikal.

Mengenai Operasi Benteng bagi mengawal sempadan negara, beliau berkata PDRM mengadakan 64 sekatan jalan raya dan memeriksa 25,333 kenderaan Rabu lepas bagi mengekang kemasukan pendatang tanpa izin terutamanya di lorong tikus, namun tiada sebarang tangkapan dilakukan.

Selain itu, sebanyak 10 operasi sanitasi awam dijalankan Rabu lepas di Sabah, Sarawak, Melaka, Perak dan Kedah.

Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan berkata, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah membuat pemantauan 12 jenis bekalan barangan di 720 premis perniagaan Rabu lepas termasuk peruncit (506), pemborong (184) serta pengilang (30) dan secara keseluruhan, bekalan barangan keperluan adalah mencukupi. 

KPDNHEP turut melakukan 992 pemeriksaan khas dan mendapati 980 premis mematuhi SOP manakala 11 premis diberikan nasihat dan sebuah premis    lagi diberi amaran kerana tidak    mematuhi SOP. – Bernama

Continue Reading

Previous: Bekas setiausaha sulit kanan dituduh rasuah
Next: Tumpu kemenangan PRN Sabah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.