Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • 140 liter diesel, 530 liter petrol disita dalam serbuan KPDN Miri
  • JENAYAH

140 liter diesel, 530 liter petrol disita dalam serbuan KPDN Miri

Utusan Sarawak 12 hours ago
CURIGA… Beberapa kenderaan yang mencurigakan di pekarangan stesen minyak membawa kepada penemuan aktiviti memindahkan cecair yang disyaki minyak diesel dan petrol ke dalam tong dram serta bekas plastik yang diletakkan di bahagian belakang dan sisi kenderaan.

MIRI: Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Miri berjaya membongkar kegiatan penyelewengan barang kawalan dalam satu operasi di dua stesen minyak di Pekan Bekenu, hari ini.

Operasi itu dijalankan hasil risikan yang dilakukan lebih awal oleh sepasukan anggota penguat kuasa di kedua-dua premis terbabit di luar waktu perniagaan.

Menurut kenyataan KPDN Miri, pemeriksaan awal ke atas beberapa kenderaan yang mencurigakan di pekarangan stesen minyak membawa kepada penemuan aktiviti memindahkan cecair yang disyaki minyak diesel dan petrol ke dalam tong dram serta bekas plastik yang diletakkan di bahagian belakang dan sisi kenderaan.

Hasil serbuan, pihak KPDN menyita kira-kira 140 liter diesel dan 530 liter petrol dengan nilai rampasan barang kawalan dianggarkan RM1,348.70.

Secara keseluruhan, nilai rampasan termasuk kenderaan dan barangan lain dianggarkan berjumlah RM126,759.60, katanya kenyataan itu.

KPDN Cawangan Miri menemukan sejumlah diesel dan petrol yang dipercayai dipindahkan secara tidak sah dalam operasi penguatkuasaan di Pekan Bekenu.

Susulan itu, dua tindakan kes dikenakan terhadap stesen minyak berkenaan di bawah Peraturan 12A Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974, manakala dua lagi tindakan kes dikenakan terhadap dua buah kenderaan di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961. Jika disabitkan kesalahan, individu boleh didenda sehingga RM1 juta atau dipenjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Bagi kesalahan berulang, hukuman boleh meningkat kepada denda sehingga RM3 juta atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya.

Bagi syarikat pula, hukuman yang boleh dikenakan ialah denda sehingga RM2 juta, manakala bagi kesalahan kedua dan seterusnya, denda boleh mencecah RM5 juta.

KPDN Cawangan Miri menegaskan akan terus memperhebatkan pemantauan dan penguatkuasaan bagi membanteras ketirisan serta penyelewengan barang kawalan demi melindungi kepentingan pengguna dan memastikan bekalan bersubsidi tidak disalahgunakan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan sebarang penyelewengan barang kawalan disaran menyalurkan aduan kepada KPDN melalui WhatsApp 019-848 8000, Portal e-Aduan KPDN, Call Centre 1-800-886-800 atau aplikasi Ez ADU KPDN.

Oleh Adum Liu

Continue Reading

Previous: Bot tunda, tongkang ditahan Maritim Malaysia akibat pelbagai kesalahan perkapalan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.