Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 14 Projek perumahan sakit di Sarawak, beberapa bakal diisytihar terbengkalai
  • TEMPATAN

14 Projek perumahan sakit di Sarawak, beberapa bakal diisytihar terbengkalai

Utusan Sarawak 3 days ago
UNTUK KENANGAN…..Datuk Michael Tiang Ming Tee merakam kenangan bersama para penerima dumpling pada program Perayaan Perahu Naga atau Festival Dumpling yang dianjurkan oleh SUPP Pelawan di Jalan Tuah, hari ini. Foto Datuk Michael Tiang Ming Tee

SIBU: Beberapa projek perumahan sakit di seluruh Sarawak akan dikenal pasti untuk diisytiharkan sebagai projek terbengkalai dalam usaha membantu pembeli.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Michael Tiang Ming Tee berkata pengisytiharan sebagai projek terbengkalai adalah penting bagi membolehkan pihak bank memberikan bantuan kepada pembeli, termasuk pakej penangguhan bayaran balik atau moratorium.

“Sebaik sahaja sesuatu projek diisytihar terbengkalai, barulah kita boleh bekerjasama dengan pihak bank untuk memberi kelegaan kepada pembeli rumah,” katanya pada program Perayaan Perahu Naga atau Festival Dumpling yang dianjurkan oleh Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Pelawan di Jalan Tuah, hari ini.

Jelasnya, pada masa ini terdapat 14 projek perumahan di Sarawak yang diklasifikasikan sebagai sakit.

Katanya, kementeriannya sebelum ini telah mengenal pasti 49 projek perumahan sakit di seluruh negeri, namun sebahagian besar daripadanya kini telah diselesaikan atau disambung semula pembinaannya.

“Kita berjaya selesaikan banyak projek yang dikategorikan sebagai projek sakit. Kini hanya tinggal 14 lagi yang masih belum diselesaikan,” katanya.

Katanya lagi, daripada lima hingga enam projek yang sedang dikenal pasti di Sibu, terdapat satu atau dua projek yang berkemungkinan besar akan diisytiharkan sebagai projek terbengkalai.

“Projek sakit bermaksud projek itu mengalami kelewatan lebih setahun daripada tarikh serahan asal. Tapi projek terbengkalai pula ialah apabila langsung tiada aktiviti pembinaan dan tapak ditinggalkan sepenuhnya,” jelas beliau.

Beliau turut menegaskan bahawa kementeriannya hanya memantau projek perumahan kediaman dan bukan projek bangunan komersial.

Katanya lagi, pihaknya telah menubuhkan pasukan petugas khas bagi menangani projek perumahan sakit dan setakat ini memberikan hasil yang positif.

Oleh Adi Safarman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Jalan baharu, program RISDA pacu pembangunan pekebun kecil Serian
Next: Inisiatif TVET Gen-16 fokus bangunkan kemahiran belia luar bandar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.