Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 14 penerima terima Anugerah Ma’al Hijrah Sarawak 1448H
  • TEMPATAN

14 penerima terima Anugerah Ma’al Hijrah Sarawak 1448H

Utusan Sarawak 3 hours ago
DATU Kueh Lei Poh menerima Anugerah Penjawat Awam Bukan Islam pada Majlis Perhimpunan Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Sarawak yang berlangsung di Stadium Tertutup Miri, hari ini. Foto: UKAS

MIRI: Seramai 14 individu, keluarga dan institusi menerima Anugerah Ma’al Hijrah Peringkat Sarawak 1448H/2026M pada Majlis Perhimpunan Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Sarawak yang berlangsung di Stadium Tertutup Miri, hari ini.

Pengiktirafan itu diberikan kepada penerima yang cemerlang dalam pelbagai bidang termasuk penyelidikan dan pembangunan, dakwah, pentadbiran masjid, perkhidmatan awam, pendidikan, belia serta pembangunan keluarga.

Selain menerima wang tunai dan insentif khas mengikut kategori masing-masing, semua penerima turut menerima sijil penghargaan yang ditandatangani oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak (TYT).

Anugerah tersebut disampaikan oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, dan isterinya, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi.

Majlis itu turut dihadiri Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, dan Pengerusi Majlis Islam Sarawak (MIS), Datuk Misnu Taha.

HANIES Nadhrah Nehal yang menerima Anugerah Pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Cemerlang serta bantuan khas daripada Tabung Ibnu Khaldun pada Majlis Perhimpunan Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Sarawak yang berlangsung di Stadium Tertutup Miri, hari ini. Foto: UKAS

Penerima Anugerah Penyelidikan dan Pembangunan, Prof. Madya Ir. Ts. Dr. Siti Kudnie Sahari menerima wang tunai RM10,000, manakala Norhaza Ahmad Redzuan Abdullah yang menerima Anugerah Pendakwah menerima RM5,000.

Masjid Al-Ghazali, Kuching yang menerima Anugerah Pengurusan dan Pentadbiran Masjid turut menerima RM5,000 serta projek bernilai RM30,000.

Bagi kategori penjawat awam, Mohd Syukri Abdullah menerima Anugerah Penjawat Awam Islam bersama RM5,000, manakala Datu Kueh Lei Poh menerima Anugerah Penjawat Awam Bukan Islam dengan jumlah sama.

Keluarga Laman Haji Yasim menerima Anugerah Keluarga Cemerlang yang membawa wang tunai RM5,000.

Nurul Cleo Sharmeen Roslam pula menerima Anugerah Belia bersama RM5,000, manakala Helmi Abdullah dan Zainab Sato Abdullah masing-masing menerima RM5,000 menerusi Anugerah Saudara Kita (Lelaki dan Perempuan).

ZAINAB Sato Abdullah menerima sumbangan menerusi Anugerah Saudara Kita (Perempuan) Majlis Perhimpunan Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Sarawak yang berlangsung di Stadium Tertutup Miri, hari ini. Foto: UKAS

Dalam kategori pendidikan, SMKA Tun Ahmad Zaidi (TUNAZ) menerima Anugerah Sekolah Agama Menengah bersama RM5,000 serta hadiah buku bernilai RM3,000, manakala SKA MIS Sri Aman menerima Anugerah Sekolah Agama Rendah dengan ganjaran sama.

Bagi kategori pelajar, Nurul Shazwani Mohamad Rashdan menerima Anugerah Pelajar Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Cemerlang dengan RM4,000 serta bantuan khas RM4,000 daripada Tabung Ibnu Khaldun untuk melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).

Josh Hamid Doharome Suparno pula menerima RM3,000 dan bantuan khas RM4,000 menerusi Anugerah Pelajar Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) Cemerlang.

Hanies Nadhrah Nehal yang menerima Anugerah Pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Cemerlang pula menerima RM2,000 serta bantuan khas RM4,000 daripada Tabung Ibnu Khaldun.

Majlis Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Sarawak 1448H/2026M bertemakan “Ummah Maju Makmur” itu dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) dengan kerjasama Pejabat Residen Miri serta agensi kerajaan negeri dan persekutuan.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Hormati autonomi imigresen Sarawak dalam isu pelarian, kata peguam dan wakil belia
Next: Gelanggang kaca baharu lonjak Sarawak sebagai hab skuasy serantau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.