Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 14 Penduduk terima tawaran Rumah Spektra fasa pertama
  • WILAYAH

14 Penduduk terima tawaran Rumah Spektra fasa pertama

Utusan Sarawak 1 day ago
SERAMAI 14 orang penduduk telah menerima surat tawaran RSP SPK Maludam fasa pertama dekat sini semalam. Foto ADUN Lingga

MALUDAM: Seramai 14 orang penduduk telah menerima surat tawaran Rumah Spektra Permata (RSP) Skim Pembesaran Kampung (SPK) Maludam fasa pertama.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor diwakili Timbalan Ketua Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Lingga, Kaunselor Suhaidi@Roslan Los berkata daripada jumlah tersebut seramai enam penduduk telah menarik diri daripada menerima tawaran RSP tersebut.

“Alhamdulillah, program penyerahan surat tawaran rumah dan cabutan lot RSP bagi SPK Maludam fasa pertama telah berjaya dilaksanakan dengan kehadiran seramai 14 penerima dari kalangan penduduk setempat.

“Program ini merupakan salah satu inisiatif kerajaan dalam menyediakan penempatan yang lebih selesa dan sistematik kepada rakyat, khususnya penduduk luar bandar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program penyerahan surat tawaran rumah dan cabutan lot RSP SPK Maludam fasa pertama oleh Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) di Perpustakaan Desa, Kampung Maludam, semalam.

Katanya, RSP ini direka untuk memenuhi keperluan keluarga di kawasan luar bandar, dengan penekanan kepada keselesaan dan kemudahan hidup. 

“Ia juga selaras dengan usaha untuk memperkasa komuniti melalui pembangunan prasarana dan perumahan yang mampan.

“Projek ini adalah komitmen kerajaan Sarawak melalui HDC untuk menyediakan kediaman berkualiti kepada rakyat, khususnya dalam kawasan luar bandar.

“Ia sejajar dengan aspirasi kerajaan negeri untuk meningkatkan taraf hidup rakyat dan mengurangkan jurang pembangunan antara bandar dan luar bandar,” katanya.

Beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada semua penerima yang terpilih serta menzahirkan penghargaan kepada agensi terlibat yang telah menjayakan program ini.

“Semoga penyerahan ini menjadi titik tolak kepada kehidupan yang lebih baik untuk semua penerima. Kita terus komited untuk memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa menjadi keutamaan,” jelasnya.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pembangunan sekolah DUN Kalaka diberi keutamaan
Next: ADUN Opar serah tapak enam projek RTP

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.