Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 14 NGO Sarikei, Meradong terima sumbangan MRP
  • Tengah
  • WILAYAH

14 NGO Sarikei, Meradong terima sumbangan MRP

Utusan Sarawak 2 days ago
SERAH MRP….Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datoʼ Sri Huang Tiong Sii menyerahkan MRP kepada penerima.

SARIKEI: Sebanyak 14 badan bukan kerajaan (NGO) dari kawasan Sarikei dan Meradong menerima sumbangan dalam bentuk cek di bawah peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) yang disampaikan di Pusat Khidmat Parlimen Sarikei, semalam.

Sumbangan tersebut diserahkan oleh Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam yang juga Ahli Parlimen Sarikei dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Dato’ Sri Huang Tiong Sii.

Antara NGO yang menerima sumbangan tersebut adalah Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Selangan, Jawatankuasa Tetap Perayaan-Perayaan Islam Bahagian Sarikei, Tabung Kelab Polis Sarikei, Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh, Persatuan Klan Chen Sarikei, Junior Chamber International (JCI) Sarikei serta The Sarikei Music and Drama Society. 

Turut menerima sumbangan MRP ialah Binatang Anglican Church Building Committee, Gereja Methodist Lai Ang, Pertubuhan Peladang Kawasan Meradong, Gereja Methodist Kai Nguong, Kelab Rekreasi Warga Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Meradong, Koperasi Tulai Bintangor Berhad dan Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU) Meradong. 

Tiong Sii berkata, sumbangan ini merupakan sokongan berterusan kepada NGO tempatan yang memainkan peranan penting dalam memperkasakan komuniti melalui aktiviti kemasyarakatan, sukan, keselamatan dan kebajikan.

“Saya percaya NGO adalah tulang belakang kepada keharmonian masyarakat.

“Sumbangan ini adalah sebagai tanda sokongan terhadap usaha mereka membina perpaduan dan memupuk nilai positif dalam kalangan rakyat,” katanya.

Beliau turut menegaskan komitmennya untuk terus menyalurkan sumbangan kepada NGO yang aktif dan berwibawa dalam menjalankan program bermanfaat.

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Ular sawa ceroboh dapur rumah berjaya ditangkap
Next: MTPN Sibu kendali lebih 50 kes pengguna sejak Ogos 2023

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.